Blogger Baru?Macam Mana Nak Mula Berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Malam nie Yatz mula mengatalkan jari membuat blog secara berani mati. Memang secubit ilmu pasal blog xda pun kat dalam otak yang geliga nie. Tetapi dengan semangat berkobar2 maka ku gagahi jua. hehehe
Dengan bantuan pak cik google, maka terjadilah blog ini. So klu ada terkurang tu faham2 la ekkk, Al-maklum la saya budak baru belajar. ^_^
so kat sini yatz nak sertakan sedikit ilmu tentang blog2 nie. (baru belajar dh ajar orang plk. hehehehe)
Untuk menjadi blogger sangat lah senang dan sesiapa sahaja boleh jadi blogger asalkan ada blog tetapi bukan senang untuk menghasilkan blog yang baik dan memenuhi kehendak pembaca.Betul tak?Di Internet ini terdapat banyak tutorial yang boleh digunapakai untuk meningkatkan kualiti blog dan meningkatkan trafik blog.
Sebenarnya entri yang korang tulis itu boleh di optimizekan dengan SEO jika anda memahami peranan dan fungsi SEO kepada entri.Mudahnya,SEO ini membantu entri anda berada di search engine dengan lebih baik.Jika entri yang anda tulis itu berada di 1st google,ini bermakna entri adalah mesra SEO.OK,cukup pasal SEO,saya taknak cakap mengenai seo tetapi saya nak kongsikan panduan kepada blogger baru yang ingin belajar berblogging.
Bagi blog yang masih baru @ blogger yang masih baru didalam berblogging ini,saya sarankan agak anda tidak fokus kepada “Permainan SEO” ini kerana anda akan kalah dengan blog-blog yang sudah mempunyai alexa rank dan PR yang tinggi.Memang anda tidak akan dapat trafik yang tinggi pada awalnya tetapi tunggulah 3 @ 5 bulan seterusnya,anda pasti akan dapat trafik yang tinggi.
Pokoknya mudah,anda perlu fokuskan kepada penulisan @ gaya penulisan serta komunikasi diantara blogger.Dengan cara ini anda akan dikenali dan akan mampu membantu meningkatkan trafik blog anda.
Jadi dibawah ini saya senaraikan 5 langkah mudah bagi newbie:-
1.Pilih Nama Blog @ Domain Blog Yang Menarik
2.Pilih Template Yang Simple Tetapi Menarik
3.Reka Header Yang Akan Menjadi Simbol
4.Pilih Kategori Yang Akan Ditulis
5.Berkawan Dengan Blogger-Blogger Lain
Bagi segelintir blogger,mereka mengambil mudah mengenai 5 perkara diatas tetapi itulah cara untuk anda meningkat naik.Bagi saya,saya akan target untuk jayakan sesuatu blog itu dalam masa 1 tahun,bukannya 3 bulan atau 5 bulan.Blog ini kita kena buat macam bisnes lah juga.Kena ada perancangan,kena ada target,barulah boleh berjaya.Jika suka-suka,suka-sukalah yang anda akan dapat.
Kaizen> Insya-Allah,seperti sebelum ini,blog ini akan diupdate setiap hari.Selalulah berkunjung ke blog ini k.Sekian.
No comments:
Post a Comment