Tuesday 28 August 2012

PhotoZone : Riang Ria Raya 2012

Bermaafan di pagi syawal
Bersama ayahnda tersayang

Bersama ibunda tercinta
Lelaki Melayu Terakhir
Melantak time
 
Macam picture team bola la pulak.
Tangkap gambar bersama artis K-POP  ^_^
Hensem guy. hehehe
 
Perjalanan jauh tak ku rasa,..♪♥ ♪ ♥ ♪ ♫
Giler bergambar
maaf sebab member Yatz buat muka sengal.
Riang Ria Raya 2012

*Nie la sebahagian dari gambar Yatz beraya tahun nie. Nak letak banyak-banyak takut meleret2 pulak. hehehe,..Enjoyyyyyyy!!!

Tuesday 14 August 2012

LifeZone : Pelancaran Majalah Hiburan terbaru "Manggis" Edisi Khas Raya Yatz Kaizen"


Memperkenalkan,.. Majalah Hiburan "Manggis Edisi Khas Raya Yatz Kaizen". Saje suka-suka edit2 untuk hiburan dihari raya. Orang sebuk post Kad Raya sekarag Yatz pulak post Majalah Raya. Lain la sikitkan,.. special untuk semua teman2 Yatz Kaizen...

"SALAM AIDILFITRI,. MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Daripada Yatz Kaizen sekeluarga,.. 


P/s: Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh terus e-mail Yatz Kaizen atau PM jea facebook yatz. 
*sementara stok masih ada*  (^_^)

MusicZone : Video Lagu Raya (Metallica di Aidil Fitri)

Apa yang akan jadi kalau kumpulan rock orang putih nyanyi lagu raya??? Mesti gempakkan,.. Syahdu jea penonton yang dengar. Muka penyanyi pulakk feel jea nyanyi lagu raya. Nie la jadinya bila terlebih kreatif...


  Musafir Di Aidil Fitri

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi

Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )

Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu

Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri


P/s: ok,.. macam mana??? Syahdu tak? Yatz siap bagi lirik lagi. Mana la tau kalu korang nak karaoke ke nanti. Nie sebenarnya lagy nyayian asal penyanyi S. Jibeng "Musafir Di Aidilfitri",.. Tapi dah di edit secara kreatif. Terbaikkkkk dari ladang,..
 

Monday 13 August 2012

MusicZone: PSY – Gangnam Style

Nie la video music yang tengah hot sekarang kat internet. Video muzik Psy ‘Gangnam Style’ yang kini sedang hangat di Youtube mencuri perhatian ramai malah diperkatakan artis antarabangsa seperti Robbie Williams, Josh Groban dan T-Pain dalam laman sosial Tweeter mereka.

Malah pada awal Ogos, klip Gangnam Style turut disiarkan di saluran berita CNN. Malah pembaca berita ketika itu meluahkan untuk mencuba aksi di lakukan dalam rakaman itu. Apa-apa pun music dan tarian dari Psy nie memang menarik dan mungkin ia akan jadi satu fenomena baru.

 

Kalau korang peminat tegar Runningman. Mesti korang tau dengan Yoohyuk Grasshopper Dance. Dalam video klip lagu nie nanti Jae Suk akan batle ngan PSV Gangnam Style Dance. Memang tercool. hehehe Apa-apa pun try la layan Video bawah nie.


P/s : Tiba-tiba rasa nak menari pulak. hehehe


Sunday 12 August 2012

LifeZone: Memory Kad Raya Yatz Kaizen

Masih segar dalam ingatan Yatz, pada waktu zaman persekolahan, dalam kesibukan menyediakan persiapan berbuka puasa dan kedatangan syawal, kehadiran si posmen turut dinanti-nantikan dengan harapan sekeping kad raya tiba ketangan sebagai tanda diri ini diingati. Tradisi menghantar kad raya yang sering dilalukan oleh kakak Yatz dulu kini tetap diteruskan oleh adiknya nie...


Pada waktu dulu, kad raya nie kira seperti satu kemestian ataupun satu tradisi popular yang memeriahkan lagi ketibaan aidilfitri. Pelbagai bentuk, saiz dan konsep diguna pakai menjadi penyeri rumah. Al-maklumla dulu kalau dapat kad raya, masing-masing akan gantungkan di ruang tamu sebagai perhiasan untuk menjadi salah satu dekorasi istimewa hari raya. Kalau rumah Yatz dulu memang meriah dengan kad-kad raya nie. Nak tau sebab apa??? Sebab yatz ramai kakak. So sahabat peeeeeeeeeeeena ramai. Peminat lg la. hehehe

Dulu mana ada phone canggih-canggih atau computer. Mana boleh hantar SMS, MMS or e-mail macam  sekarang nie. Mereka dulu selalu guna surat jea. Kalau sekarang kita leh chat secara mudah kat internet,.. dulu susah ooo,..

Kad raya Yatz Kaizen tahun nie.
Sekarang memang tradisi penghantaran kad raya memang dah semakin dilupakan sejajar dengan perkembangan teknologi. Sejujurnya, menerima sekeping kad raya mampu membuatkan diri kita berasa bahgia kerana berasa diri ini dihargai dan diingati oleh penghantar. Kena pulak penghantar tu insan yang tersayangkan. Confirm wangi jea kad tu berbedak. Hehehe

Peti Bersurat yang lama berjasa.
Elemen wajib yang akan memenuhi ruang ucapan kad raya termasuklah salam Aidilfitri, pemohonan maaf, soalan berkaitan pakaian,lokasi beraya, persiapan kuih raya, jemputan ke rumah pengirim, dan yang paling unik duit syilling akan ditampal sebagai usikan duit raya. Ini kerana penggunaan dialog kelakar dan unik mampu membuatkan individu ketawa selain penggunaan jenis perkatan dan juga warna yang terang.

Tidak dilupai juga dengan perkataan “harap balas”,.. yang tertera di kad raya sebagai amanah bagi penerima untuk membalas kad raya terbabit. Kalau dulu mesti ada pantun punya,.. paling cincai pun pantun dua kerat: 

",..Pecah kaca pecah gelas,.. lepas baca harap balas,.. 
Pecah kaca pecah tong,.. lepas baca harap gantung,.” 

Amacam??? Klasik tak pantun Yatz dulu-dulu. Hehehe.

Bagi anak remaja, ramai yang akan memilih kad ucapan yang berkonsepkan ilustrasi mahupun kartun menggunakan jenis perkataan, karakter dan warna ceria yang melambangkan keceriaan. Bagi yang berwang sikit kad raya yang berbunyi iaitu kad yang mengandungi lagu raya memang menjadi suatu yang istimewa oleh penerima.

Namun kini, kemajuan teknologi membuatkan kad raya semakin dipinggirkan kerana ramai yang menyukai sesuatu yang mudah dan cepat seperti SMS yang mudah dipadam dan dilupakan.

P/s: Agak-agak remaja sekarang dapat rasa macam Yatz rasa dulu tak??? Entah kenapa Yatz rasa raya dulu lagi best dari sekarang. Mungkin sebab faktor usia kot. Dulu kanak-kanak rebina,.. sekarang dah boleh jd bapak budak pulak. Mungkin nanti bila berkeluarga sendiri lain pulak rasanya. hehehe

Saturday 11 August 2012

Iklan Raya Petronas 2012 | STRANGERS [ Full short film]


Korang ada tengok tak iklan raya dari Petronas baru-baru nie. Memang bestkan.  Apabila menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu tarikan utama pastinya adalah iklan di televisyen.Ramai yang ternanti-nanti iklan yang unik serta memberi penuh makna kepada diri mereka. Bila disebut berkenaan iklan yang unik serta menyentuh perasaan pastinya ramai yang akan membayangkan iklan hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Selain itu, Petronas juga sering tampil dengan kepelbagaian unik bagi menarik minat rakyat Malaysia menonton sekaligus menyampaikan mesej yang mendalam. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Petronas menghasilkan sesuatu yang unik pada tahun 2012 apabila berani menampilkan sebuah filem pendek raya.

Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.


 Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun. Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.

Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, ‘Reimagining Energy’, elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton. Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

Petikan dalam iklan nie:

Things have changed for you
Things have changed for me as well
most importantly
Things have changed for the children


P/S: Mendalam bukan filem pendek dari Petronas nie. Harap semua penonton dapat apa mesej yang cuba disampaikan. Apa-apa pun iklan dari Petronas memang tak pernah mengecewakan.



CreativeZone : Pelita Moden DIY

AsSalamualaikum,.. selamat berpuasa semua. Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. So ramai la yang mula pasang pelita @ panjut kat rumah masing-masing. Terutamanya bagi mereka yang berada di kampung-kampung. Tapi yang berada di bandar tu jangan risau. Entry kali nie Yatz nak share ngan korang cara nak buat Pelita Moden DIY. Pelita yang senang jea nak buat. Yang penting selamat dan xpayah nak pacak-pacak dah kat kawasan rumah. Biasa la, kalau yang duduk kat flat tu mana ada kawasan nk pasang pelita kan. 

Nie cara-cara nak buatnya Pelita nie. Jom try
 
1. Cari balang/botol kosong yang nak dibuang.
2. Gam dan lilitkan tali di sekeliling balang/botol (sebaiknya guna gam UHU)
3. Spray balang/botol dengan spray warna putih.
4. Tunggu sampai kering.
5.
Lepas dah kering tu pandai2 la bukak balik tali tu yer ahaks!
6. Masukkan lilin di dalamnya. Pastu apa lagi,.. nyalakan la dengan hari yang riang,.. ^_^

Selamat mencuba!!

Wednesday 8 August 2012

PhotoZone: Tugu Persahabatan Kaizen


YatzKaizen: Nie photo lama Yatz Kaizen time form6 dulu. Saje upload balik bagi mencuit kembali kenangan zaman riang ria remaja. Lokasi kejadian,.. Lubuk Sungai Tesong.  Semua tengah riang ria mandi manda selepas habis handle aktiviti sekolah. Enjoyyy sungguh,.. nie la syurga budak-budak kampung. Yang paling best sempat lagi buat pose macam tugu pahlawan. Bagi Yatz nie la "TUGU PERSAHABATAN",. kami semua. ^_^

Thursday 2 August 2012

LifeZone: Baju Melayu Ombak Rindu


Selesai sudah proses membeli belah persiapan raya. Saja beli awal-awal. Banyak sikit pilihan. Nanti bila lambat-lambat takut sesak pulak kan. hehehe.. Dapat la sepasang baju raya Ombak Rindu. Tapi harga makin mahal pulak sekarang. Baju jea dh RM40 lebih. Belum seluar lagi. Sepasang baju melayu sekarang kosnya dah sampai RM90 hinggit. Tu belum kira ngan sampin lagi.

So kemahiran tawar menawar kena la power. Apa-apa pun baju melayu dah beresss,.. Harap-harap la dengan memakai Baju Melayu Ombak Rindu nie Yatz Kaizen akan sehensem macam Aron Aziz raya nanti. hehehe. LOL ^_^

YatzKaizen: Baju raya Yatz tahun nie kaler kelabu. Saje nak gi tau awal-awal. Takut nanti jadi team boria pulak. hehehe,.. lain la klu ada yang nak same kaler ngan Yatz raya taun nie. *gegirl jea tau* hehehehe