Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi
mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan
oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh
mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara
manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di
bawah:-
1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
2. teh beruapaya menghilangkan rasa
letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung,
pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan
gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan
risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
4. Minum teh dapat menghambatkan sel
penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali
ganda komposisinya daripada vitamin E
5. Minum teh dapat memperlahan dan
menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah
pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh
darah pada otak.
6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
8. Minum teh di percayai dapat
mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia.
Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati
radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang
pada musim panas.
9. Minum teh dapat melindungi fungsi
pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton
televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi
televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan
suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu
tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser
P/S Yatz: Perbanyakkan minum air suam. Biar kurang manis didalam minuman, tp manis dengan senyuman ^_^
No comments:
Post a Comment