Sunday 30 September 2012

UUMZONE : Info Tentang Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Alhamdulillah,.. Hari nie Yatz baru jea dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Setelah lama beratur berjaya jugak kad tu berada didalam genggaman. So entry kali nie Yatz nak bagi sikit info dekat korang tentang KDS1M nie. Nanti senang sikit korang nak guna kad nie.

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)
1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.

2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M
1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.

2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.



*Tempat yang boleh guna kad siswa ni dan boleh dapat diskaun katanya :

 Buku & Alatan Tulis
 MPH Bookstores
 Imlaq Book Centre
 BORDERS
 RONA
 Kiang Trading
 Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
 Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
 Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN

*Untuk maklumat lebih lanjut lawati http://www.1pengguna.com/

NotaKaki : Lepas dapat Kad Diskaun nie diharap semua pelajar Universiti dapat menggunakan secara berjimat cermat. Gunakanlah pemberian yang diberikan secara bijak. Takmau bazir-bazir ok  ^_^


Saturday 29 September 2012

UUMZONE : Aktiviti Persembahan Sempena Pesta Konvo UUM kali ke- 25 2012


Pesta Konvo UUM kembali lagi!! Pesta Konvo UUM kali ke- 25 tahun 2012 ini akan dimeriahkan dengan ramai artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, 6ixth Sense, Adira AF, kumpulan nasyid Firdaus, Iwan, Artis2 PBS UUM dan ramai lagi. pelbagai aktiviti menarik juga turut disediakan..macam-macam ada habaq hang..pakat mai ramai- ramai!









NotaKaki : Datanglah beramai-ramai ke tapak ekspo Pesta Konvo bagi memeriahkan lagi suasana dengan menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang telah diadakan.

Thursday 27 September 2012

UUMZONE: Peluang Mahasiswa Belajar Pengurusan Acara


HEP ONLINE : “Peluang mahasiswa belajar pengurusan acara” itulah perkataan yang diungkapkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Haji Mohd Harif dalam majlis Royal Concert Appreciation Night yang dihadiri oleh lebih 100 mahasiswa yang bersama-sama menjayakan Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung pada 23 September itu bertempat di Dewan Angsana EDC Hotel.
Antara pengisian  program ialah  ucapan Pengarah HEP, Penyampaian cenderamata dan sijil dan sambutan hari lahir.
Antara tujuan program ini adalah sebagai penghargaan dan untuk memupuk sifat kerjasama di dalam kumpulan di samping mengukuhkan lagi perpaduan.
Menurut Pengarah Pusat Budaya dan Seni Huzaidy Haji Hussain berkata program ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran, menanam sifat penyayang dikalangan staf dan juga mahasiswa UUM supaya meningkatkan lagi kemahiran sosial para staf dan mahasiswa.
”Program seperti ini amat digalakkan kerana memberi input kepada pelajar dalam usaha membantu, mendekatkan mahasiswa dengan staf PBS dan merapatkan lagi hubungan”, jelas beliau lagi.
“Sebagai warga UUM, kita ibarat seperti sebuah keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain”, tambah beliau lagi.
Selain itu mahasiswa dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus melakar kejayaan melalui pengisian masa di universiti dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat.
Penglibatan mereka dalam aktiviti universiti misalnya melalui kerja amal bersama masyarakat kampus memberi peluang untuk mendalami budaya, adat resam dan sekaligus dapat menimba pengalaman berharga.

LifeZone : Deligasi UUM_Istana Budaya@Prince of Songkla University Thailand

Pada 16hb September 2012, Yatz Kaizen dan para secretariat Konsert Diraja 2012 telah mengiringi ahli-ahli okestra Istana Budaya untuk membuat lawatan ke Prince of Songkla University Thailand. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk menjalinkan hubungan antara dua Negara khususnya antara Istana Budaya dan juga dari pihak Prince of Songkla University Thailand. Pelbagai tempat menarik telah kami lawati. Yang paling menarik ialah pertukaran budaya yang dapat dilihat melalui persembahan yang di persembahkan oleh dua-dua pihak. Diharap hubungan antara dua Negara akan terus terjalin melalui program ini.
Proses Imigresen di sepadan Malaysia-Thailand
Sampai jea di Prince of Songkla University.


Bob cuba menerangkan apa yg dituliskan di papan kenyataan walaupun dia sendiri pun xfaham.
Lokasi seterusnya,.. Bangunan ~!@#$%^&* entah kami pun xtau apa nama bangunan nie. Tapi disini kami dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan antara Malaysia_Thailand




Sekarang dalam lecture room. Sekali pandang xda beza pun antara kami ngan org Thai kan???
Awek Thailand. Sempoi jea g kuliah. Klu la UUM mcm nie *some text missing*
Team Istana Budaya mula beraksi,... cuba memperkenalkan musik irama Malaysia di negara orang. Memang besttt
Masa utk makan tengah hari. Kami dihidangkan dgn Tomyam Gong Special from Thailand. Disamping tu kami juga dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dari Thailand. Memang best.
Jalan-jalan di Bandar HatYai
Shopping Time
Benda yang menarik perhatian Yatz kat HatYai nie ialah keadaan tiang elektrik mereka. Yatz tengok memang serabut bagai. Kalau kita tengah pun dah serabut bagai mana pulak orang yang keja nak baiki kerosakan tu nanti. Mau-mau sebulan dia try cari mana satu wayar yang problem tu kan,.. LOL ^_^
On the way balik UUM. Baju I ♥ HatYai. Tapi sebenarnya sekarang berada di Danok. Saja singgah jap nak shoping2. Kat area nie mmg banyak 7eleven dan juga farmasi. Kalau 7E tu dalam 8 buah semuanya. Mungkin sbb Danok nie 24jam beroperasi. Kalau farmasi tu Yatz no komen. hehehe,..
Masa untuk makannn lagi. Kita makan AYAM. Bukan ayam 18SX tu ekkk tp PULUT AYAM. Area Danok nie kalau bab makanan jangan risau sebab memang banyak pengerai Muslim ditepi jalan. So Yatz di recomment oleh saudara Bob untuk try makan Pulut Ayam.  Serius yatz katakan Yatz memang kurang makan pulut2 nie. Namun tak rugi kan kalau kita cuba. Tp memang sedap laaaa,.. Dengan ayam berempah yang panas2 ditaburi oleh bawang goreng yang ranggup. Kena pulak pulut yang enak. memang gandingan yang ideal. Harga boleh tahannn. Memang kenyang kena sepinggan.
Alhamdulillah,.. trip kami ke Thailand berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada UUM yang menaja trip kami kali nie. Tak lupa juga kepada geng2 Istana Budaya yang sempoi. Ada masa kita buat program sama-sama lagi okkk,...


Tuesday 25 September 2012

LIfeZone : KONSERT DIRAJA MENJUNJUNG KASIH UUM 2012

Alhamdulillah selesai sudah Konsert Diraja 2012. Acara brlangsung dgn lancar dan meriah. Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012 yang dijayakan bersama Orkestra Tradisional Malaysia (ISTANA BUDAYA) ini diadakan sebagai satu kelangsungan kepada siri persembahan Konsert DiRaja yang pernah diadakan sebelum ini bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti kali ke-28. Seri Paduka Baginda Yng di-Pertuan Agong dan Seri Baginda Permaisuri Agong berkenan hadir ke konsert ini.

Thx kpd pegawai2 PBS, staf istana budaya dan barisan urusetia yg gigih bg memastikan progrm kali ini brjalan dgn lancarrr. Ribuan terima kasih diucapkan.

Tag kuasa super powerrr ^_^
Warna-warni aktiviti

Sekretariat Style
Jawatan Yatz kali nie: Liaison Officer kpd Anuar Zain

Wajah-wajah jejaka sengal












































































































PhotoZone : Buku Merah Yatz Kaizen


Langkah Yatz Kaizen akan semakin jauh tahun nie...


LifeZone : Tragedi 14 September 2012

 Kejadian: Pokok Tumbang
Tarikh: 14 September 2012
Lokasi: Parking VVIP DPP TM

-Alhamdulillah.. Nasib menyebelahi Yatz Kaizen. Nyaris2 kena hempap dgn pokok td.. Hanya nasib jarak dan waktu yang sanggat menyebelahi Yatz. Kalau tak tak tau la apa yang jadi.


 

Sunday 16 September 2012

PhotoZone: Baju Pak Cik Paul Smith

Akhirnya berjaya jugak Yatz Kaizen dapat baju si Pak cik Paul Smith nie,.. (^_^)


MusicZone: Ku Pilih Hatimu Ussy ft Andhika Pratama With Lyric




Lirik Lagu Kupilih Hatimu
- Ussy Feat Andhika -


ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati


Thursday 13 September 2012

InfoZone: PERHATIAN!!!! Trick Terbaru Orang Menipu Bagi Mengeluarkan Wang Dari ATM. [14 Photo]

Zaman dah berubah,.. dunia dah maju. Zaman sekarang ni bukan saja teknologi semakin maju....malah, perompak, penipu x juga kurang maju dan advance....mereka semakin licik untuk mencari trick terbaik menipu mangsa... Salah satunya, menipu dengan menggunakan mesin ATM... Ya, mesin ATM tempat korang keluarkan duit tu...
 
 Nak tahu camne diorang menipu? perhatikan gambar ni betul2....

1- Kelihatan seorang lelaki sedang berurusan dengan mesin ATM...
2-Sebenarnya dia sedang memasang sesuatu alat di tempat kad ATM tu....
3- Yang sorang kat luar tu 'cover line'
Biasanya aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan...
4-Ttttuu diiiiaa...! mangsa pertama telah masuk setelah perangkap di pasang.... 
Pakcik yang x tau memasukkan kad ke slot...macam biasa...nak kuar duit......
5- Tetiba pakcik ni heran? hah! kad aku kena TELAN!
6- Kemudian, muncul lelaki jongos tadi masuk konon2 nak jadi hero...nak beri bantuan pada pakcik tu..... 
Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nomor PIN kad ATM si mangsa yang “tertelan” ini. Bagaimana caranya ? 
7-Si 'penolong' yang baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol “Cancel”"Enter”.Dia ingin tahu berapa nombor PIN si mangsa ini. Pada gambar ini boleh korang lihat kalau si penjenayah dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa.
8-Setelah berusaha berkali-kali si lelaki jongos akan meyakinkan mangsa yang kadnya dah di telan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.
9-Setelah 'line clear' penjenayah ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kad ATM dari alat perangkap yang di pasang sebelumnya. Dia telah mendapatkan nomor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .
10- Dari jam yang tertera di CCTV boleh dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk melakukan penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berjaya  membawa keluar duit
 RM 12,322.00 !!
Nak tahu alat apa yang di gunakan untuk memerangkap mangsa??


Kan?? guna benda alah ni je dah boleh menipu..x yah canggih2....
 
P/s Kaizen:  Jika kad korang di telan..dalam kedaan apa jua sekalipun, jangan suka2 bagi no PIN pada orang yang x di kenali.....Sebar2kan ya!!
 

UUMZONE: KURSUS ETIKA MAJLIS DI HOTEL EDC, UUM [KEPADA SEMUA PELAJAR UUM COLGIS SEMESTER 5 KE ATAS]


SEKSYEN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN ALUMNI, UUM COLGIS

KEPADA SEMUA PELAJAR UUM COLGIS SEMESTER 5 KE ATAS DI WAJIBKAN MENGHADIRI KURSUS ETIKA MAJLIS DI HOTEL EDC, UUM YANG AKAN DIADAKAN PADA:

Tarikh / Hari Masa
22 September 2012 (Sabtu) 8.30 pagi – 12.30 tengahari
22 September 2012 (Sabtu) 5.00 petang – 10.00 malam
29 September 2012 (Sabtu) 8.30 pagi – 12.30 tengahari
29 September 2012 (Sabtu) 5.00 petang – 10.00 malam

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG >>> DAFTAR SEGERA
DI SEKSYEN PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI, SEKSYEN B, UUM COLGIS

‘ Sijil, nota dan pengangkutan disediakan’.
Yuran penyertaan: RM 10.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 04-9286597 / 019-5428188 / 012-4629692 (k.ila)


Tuesday 11 September 2012

LoveZone: Graf Cinta Sorang Mahasiswa [TOP SECRET]


Confirm kebanyakan korang yang tengah baca entry nie pernah berCINTAkan. Kan…kan?? Mengaku jela…. hehe…  Mungkin pernah bercinta monyet waktu sekolah dulu. Entah siap ada yang dah bertunang or kawin semasa belajar nie. Entry kali nie Yatz nak kongsi sebuah graf kesan seorang perempuan terhadap kehidupan lelaki. Menunjukkan bagaimana kesannya terhadap pelajaran seorang insan bernama LELAKI dengan kehadiran CINTA. Bila Yatz tengok balik macam betul je.. hehe..


.:Isu yang Yatz ingin kongsikan di sini ialah bercinta semasa masih belajar. Boleh ker ? Mungkin ada yang berpendapat tidak wajar kerana focus utama kita menuntut ilmu di Universiti dan bukannya berCINTA. Tapi yatz tak nafikan ada yang berjaya mengimbangkan tentang hal CINTA dan CITA...:

P/s Kaizen: Gengamlah segulung ijazah sebelum mengenggam tangan seorang kekasih