Laman sosial
memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di
antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada
umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook
sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan,
‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran
mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian
peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.
Kali ini
Yatz ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook
anda.
1. Tarikh
lahir anda.
Mendedahkan
tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi
kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah,
ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu
anda.
Anda perlu
ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan
keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai
anda menerusi dalam talian.
3. Alamat
rumah anda.
Tidak perlu
rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini
semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda
‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4.
Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang
memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah
menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian
‘orang lain’.
5.
Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda
‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan
potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar
yang tidak sesuai.
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi
malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan
atau kekecewaan.
Ramai yang
suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila
melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai
masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor
telefon.
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi
untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan
kepada rakan anda.
9. Mengira
detik percutian anda.
Lebih baik
anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari
bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi
bercuti.
10. Gambar
di dalam rumah.
Anda
mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang
berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan
si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh
rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut
berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang
pernah berlaku.
Yatz Kaizen: Sampaikan
maklumat ini kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka
lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.
No comments:
Post a Comment