Universiti. Tempat yang diidamkan oleh lepasan-lepasan SPM selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Kalau result bagus, dapat la
universiti bagus. Kalau lagi bagus, lagi ‘jauh’ la universiti korang dapat.
Haha. Tapi bila masuk universiti bukannya korang belajar sangat. Betul tak?
Kalau nak dean’s list belajar la. Haha. 2 tahun aku dah masuk U dan aku dapat
perhati benda yang student U aku mahupun U lain yang selalu buat kalau tak
diorang tak study. Apakah aktiviti-aktiviti itu?
Main DOTA
Game ni memang popular dikalangan penuntut UUM.
Aku jamin student universiti lain pun sama. Name panjangnya ‘Death of the
Angel’ atau nama Melayunya, ‘Dunia Orang Takde Awek’. WTF!? Di U aku, boleh
dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada tournament DOTA ni. Honestly, aku tak main
game ni. Aku pernah cuba untuk menceburkan diri dalam bidang DOTA ni, tapi aku
gagal dengan cemerlang untuk menjadi seorang DOTA-ers. Apa yang aku tahu pasal
DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali.
KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!
Main PES
‘Pro Evolution Soccer’. Game ni pun boleh tahan popular
dikalangan penuntut universiti masa kini. Aku main game ni dan aku boleh
dikatakan power jugak la dalam game ni berbanding DOTA. Same seperti DOTA,
budak-budak U aku selalu buat tournament PES ni. Nak main PES ni, mempunyai
game controller yang berkualiti amatlah penting. Namun, jenama cap ayam tetap
seperti Digiboy, Vinnyson dan lain-lain lagi menjadi pilihan.
Ber-Facebook
Aku yakin majoriti student universiti di Malaysia ni
mempunyai akaun Facebook. Setiap jam mereka akan update status mereka.
“Currently at the toilet.”, “Saya nak berak.”, “Saya rasa nak terkentut”.
Semasa belum baligh, layan Friendster. Sesudah baligh, bertukar ke Myspace.
Apabila sudah matang. Facebook menjadi pilihan. Seperti students yang lain, aku
lebih prefer menggunakan Facebook daripada social networking websites yang
lain. Bagi aku Facebook ni simple, banyak applications yang ‘menarik’ seperti
Farmville, Mafiawars(aku tak layan satu pun), stupid quizzes and etc..
Layan Drama Korea dan Jepun
Jangan ingat gugurl je yang layan drama korea dan jepun ni,
boboy pun layan jugak. Auww!! Tapi aku bukan la die-hard-fan sangat drama
Korea/Jepun ni. Kalau rasa best, n leh menepati piawaian baru aku tengok. Kawan2 aku ada yang kaki drama Korea/Japan ni. Cakap je drama apa,
mesti dia dah tengok. Hana Yori Dango la, Seito Shokun la, Toyota Mitsubishi
la, Nissan Kawasaki la dan macam-macam lagi.
Siapa yang tak suka intenet free. Aku jamin bahawa semua
universiti di Malaysia ini dilengkapi dengan kemudahan wireless internet
access. Kepada kaki-kaki download, mereka tidak akan melepaskan peluang
keemasan ini untuk melepaskan nafsu mereka. Apa yang best download movie ni,
kadang-kadang movie yang belum keluar di cinema kita dah boleh download dari
internet. Lagi 1, movie yang didownload dari internet tidak lah ditapis oleh
LPFM seperti kebanyakan filem yang kita tonton di pawagam. So, kepada peminat
adegan ganas lagi brutal dan adegan ehem2x(you know what i means), takde
censored punya la! Dan bagi peminat tv series, tiap-tiap minggu korang boleh
follow series korang. Tak payah la nak tunggu TV3 ke, 8TV ke nak siarkan.
Berjanggut la korang nak menunggu. And the most important thing is, do not
download porn!
Suka buat demonstrasi
haaa,... nie tengah hot masa sekarang nie. Nasib baik aku punya universiti aman damai jea. Bab2 nie aku taknak komen banyak-banyak. Semua ada pandangan masing-masing. Yang Yatz tau Yatz datang ke Universiti nie nak belajar sampai jadi insan yang berguna. Nak buat mak dan ayah bangga anaknya menjadi mahasiswa yang habis belajar dengan cemerlang. Bukan menjadi mahabodoh yang tak abis belajar ekkk,... Renung-renungkan ^_^
No comments:
Post a Comment