Saturday 24 November 2012

UUMZONE: Persidangan Hantu-Hantu di UUM

Misteri jea tajuk entry Yatz kali nie,.. jangan terkejut pulak tu sebenarnya tajuk pementasan teater jea. Bukan persidangan hantu betul-betul ekkk,.. Yatz baru jea balik dari tengok pementasan teater nie. Memang bestttt,.. memang mendapat sambutan hebat dari penonton. Tiket awal-awal dah SOLD OUT,.. so kepada yang tak dapat pergi tengok pementasan teater nie Yatz nak share ngan korang sikit apa yang menarik tentang pementasan “Persidangan Hantu-Hantu” nie ok,..



SINOPSIS CERITA

Al-Kisah dipendekkan kisah PERSIDANGAN HANTU-HANTU merupakan sebuah teater seram komedi yang mengangkat cerita manusia berperangai menyerupai hantu.

Ketika ‘Persidangan Hantu-Hantu’ yang dihadiri oleh Hantu Raya, Pocong, Pontianak, Drakula dan Hantu Cina sedang berlangsung berbagai-bagai perkara dan kejadian berlaku. Segala perkara dan kejadian itu mengganggu kelancaran persidangan mereka.

Bermula dengan usikan nakal terhadap Kanak-Kanak yang balik dari mengaji berganti dengan kehadiran Orang Mabuk. Gangguan persidangan mereka bertambah tegang dengan kemunculan Bomoh yang cukup mereka geruni. Walau bagaimanapun, gangguan persidangan agak terhibur dan memberangsangkan ketika kehadiran Kaki Judi Nombor Ekor dan Remaja Dadah buat maksiat.

Akhirnya tiada apa yang dapat disimpulkan dalam PERSIDANGAN HANTU-HANTU yang terganggu itu selain daripada melihat kerenah dan perbuatan manusia berperangai seperti hantu dan keputusan untuk mengadakan persidangan pada masa lain.

Membuka tirai dengan suasana yang seram,.. nyata ia tidak menghampakan penonton yang hadir menyaksikan persembahan. Kehadiran hadirin yang ramai amat Yatz kagumi. Bukan senang nak tarik golongan generasi muda sekarang nie pergi tengok teater kannn,.. Nie merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Ini terbukti dengan penjualan tiket yang memberangsangkan sehingga ia habis sebelum pementasan dijalankan.

Mengambil masa hampir dua jam, Persidangan Hantu-Hantu ini dipersembahkan oleh kumpulan TEATER WARNA, UUM SINTOK. Di bawah arahan Mohamad Hazman Bin Mohamad Jamil, dan Puan Nor Izwani Binti Tahir sebagai Penasihat Kelab Teater dilihat mempunyai elemen cukup menarik membawa penonton menghayati jalan cerita yang dipentaskan.

Kumpulan TEATER WARNA wajar diberikan pujian apabila mesej yang hendak disampaikan dapat dilihat jelas oleh penonton. Dengan bantuan daripada tenaga produksi berpengalaman, sama ada dalam aspek lakonan, pengurusan pentas, rekaan set, audio visual dan sebagainya, teater tersebut berjaya menarik minat penonton.

Bersama Zaza @ Pocong Paling Popular Di UUM
Bersama  P0ntianak
Penonton Paling Popular  ^_^

#Mmg terbaekkkk laa Persidangan Hantu-Hantu tadi ,.. Hilang stress bergelak ketawa tgk korg. Tahniah kepada semua yang terlibat,..

MusicZone: Ajari Aku - Anuar Zain Official video with lyrics


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu


#Ajari aku tuk bisa mencintaimu,.♪ ♫

Friday 16 November 2012

UUMZONE: Hospitality Fiesta "12



Hospitality Fiesta "12 adalah acara 2 hari yang akan diadakan di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia pada 9 dan 10 Disember 2012 anjuran School of Tourism, Hospitality & Environmental Management (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis ini akan bermula dari jam 09:00 pagi sehingga 11:00 malam pada hari pertama dan 08:30 pagi hingga 07:00 malam pada hari kedua. Kami bekerjasama dengan Students‟ Club of Hospitality (SCOHOST)  yang menguruskan segala perjalanan program. Acara ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester akhir Sarjana Muda "Ijazah Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian (BHM.Hons) sebagai sebahagian daripada kursus kami. Acara ini akan menjadi sebuah projek skala besar pertama hospitaliti yang akan diadakan di UUM.


Tujuan acara ini adalah untuk meningkatkan "Soft skill dan vokasional dalam menganjurkan acara berkaitan kepada bidang hospitaliti dan pelancongan. Antara acara kemuncak acara forum profesional hospitaliti, pertandingan masakan, beauty fair, international food trade fair. Di samping itu, kita cuba untuk mencatat nama di Malaysia Book of Rekod iaitu dengan memasak Roti Jala selama 72 jam tanpa henti.



Peluang terbaik kpd pelajar UUM untuk memenangi DUA IPad, SATU 42' LED TOSHIBA TV, VOUCER PENGINAPAN DI Putra Palace Kangar ! Holiday Villa Alor Star ! EDC - UUM ! One Hotel Helang Langkawi !, SATU MESIN BASUH AUTOMATIK, , dan PELBAGAI LAGI BARANGAN ELEKTRONIK yang menarik untuk diberi sebagai hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang turut serta di dalam “HOSPITALITY FIESTA '12” PADA 9-10 DECEMBER 2012,..

2 Unit IPad



Acara Kemuncak

Forum
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Pertandingan Memasak
FRUIT CARVING
Bartending & Mocktail Demo
International Food Trade Fair
Beauty Fair


 Hospitality Career Exhibition
Cultural Performances

Local Food Selling


 Lihat video acara kami: http://www.youtube.com/watch?v=hkPElULspAE




Lawati halaman FACEBOOK kami di:  
 

#Jangan tunggu lama-lama,.. kalau nak beli tiket anda boleh terus hubungi terus kat Yatz Kaizen ekkk ^_^