Monday 31 December 2012

MusicZone: Hanya Ingin Kau Cinta -Hafiz [with lyric]



#Best lagu nie,.. sedih pedih bila dengarrr, 
terutamanya kepada mereka yang pernah melaluinye,..tettttt,.. 
*some text missing*


Saturday 29 December 2012

PhotoZone: Selipar


Tema: Selipar
Model: Selipar Pelbagai Jenama
Lokasi: Masjid Sultan Badlishah UUM

Friday 28 December 2012

InfoZone: Maklumat mengenai Rebat RM200 SKMM Untuk Pembelian Telefon Pintar (Smartphone).


Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.

Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya. Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.
 


Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sebelum ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.
Antaranya adalah termasuk:
    Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.

    Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia

    Tempoh Sah Memohon Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia bermula 1 Januari 2013 – 31 Disember 2013



    Sumber Rujukan: SKMM
    Sumber: Amanz.My

    Thursday 27 December 2012

    AmazingZone: Seni Ilusi Optik Yang Memukau [Video}




    Master of optical illusion Brusspup telah menghasilkan satu video baru yang menunjukkan beberapa trick ilusi optik yang benar-benar awesome. Memang menyeronokan apabila kita melihat bagaimana seni ilusi optik menggunakan unjuran anamorphic yang berjaya menipu pandangan mata kita.. 

    Helah ini adalah agak mudah: gambar terpesong tetapi kemudian dirakamkan di sudut di mana segala-galanya kelihatan normal, tetapi apabila ilusi mendedahkan ia sebenarnya satu ilusi optik @ bukan imej sebenar....



    #Nie bukan silap mata,.. tapi mata kita tersilap


    MusicZone: We Will Not Go Down (Song for Gaza) - Michael Heart - OFFICIAL VIDEO



    Pada Januari 2009, semasa perang di Gaza, Michael menulis dan mengeluarkan sebuah lagu kemanusiaan sebagai sokongan kepada mangsa Palestin. Lagu ini dipanggil “We Will Not Go Down (Song for Gaza)". Ia telah diposkan di YouTube dan asalnya dibuat  sebagai muat turun mp3secara percuma. Tindak balas kepada lagu ini amat menggalakkan,. Antaranya:

        Lebih 1 juta tontonan video asal di YouTube (dalam bulan pertama)
        Lebih daripada setengah juta muat turun mp3
        Lebih 10,000 e-mel, komen dan mesej sokongan

    Sebuah lagu mengenai kemanusiaan. Ia telah dimainkan di stesen radio dan saluran televisyen di beberapa negara, dan ia telah dilaungkan dalam demonstrasi dan perhimpunan di seluruh dunia. Ia telah diterjemahkan ke dalam  pelbagai seni kata. Lebih daripada 500 klip baru telah dibuat berdasarkan lagu ini  oleh orang  di seluruh dunia, dan beribu-ribu laman web telah memuat naik klip ini. Jom sama-sama kita hayati lagu nie,....



    WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
    (Composed by Michael Heart)
    Copyright 2009

    A blinding flash of white light
    Lit up the sky over Gaza tonight
    People running for cover
    Not knowing whether they’re dead or alive 

    They came with their tanks and their planes
    With ravaging fiery flames
    And nothing remains
    Just a voice rising up in the smoky haze 

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques and our homes and our schools
    But our spirit will never die
    We will not go down
    In Gaza tonight 

    Women and children alike
    Murdered and massacred night after night
    While the so-called leaders of countries afar
    Debated on who’s wrong or right 

    But their powerless words were in vain
    And the bombs fell down like acid rain
    But through the tears and the blood and the pain
    You can still hear that voice through the smoky haze

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques and our homes and our schools
    But our spirit will never die
    We will not go down
    In Gaza tonight 


    Tuesday 25 December 2012

    LifeZone: Facebook Layout [ Kaizen Style ]


    .:wahhh,.. layout baru lagi. Dah boring dengan layout lama. Lagi boring bila si Mark Zuckenberg perkenalkan si Timeline 2. Dah macam-macam yatz cuba nak bagi meriah sikit Yatz punye FB...Dari putih ke biru,.. skrg hitam pulak. Bagi nampak kemas sikit macam tuan punye FB (^_^)

    Perkembangan FB Yatz Kaizen
     
    -2010-
    Nama FB Yat Hidayat. Baru belajar guna FB. Guna bahasa melayu pulak tu. Biasa la baru berjinak dalam dunia FB. Friends x ramai lagi. Poyo3,.. heheheh 

    -2010-
    Yat Hidayat dah menjadi Yatz Hidayat. Dah pandai guna FB Layout, Color biru. Friends pun dah mula ramai. Skema gilerrzz


    -2011-
    Dah bertukar kepada Yatz Kaizen. Kenapa Kaizen??? Entry akan datang Yatz akan citer. FB layout tetap color biru. FB function pun dah berubah. Tukar kpd bahasa English. Dah pro dlm FB nie. hahahahak~~



    -2012-
    Bermulanya Yatz Kaizen Tak Full. FB layout color orange kuning2. FB function dah bertukar kpd Timeline. Mmg memeningkan kepala. Yang bestnya ada cover. So kira leh letak gambar sambil iklankan Blog n Page ^_^
    |
    |
    |
    V

    [ Yatz Kaizen New Facebook Layout 2013 ]

    -2013-
    Kali nie,.. nama facebook dah tukar. Jadi "Yatz Kaizen (Original)". Color facebook pun dah tukar kepada jenis Black Wood. Bagi nampak kemas sikit macam blog KaizenZone nie. hehehe,..Bila guna layout nie FB akan kelihatan lebih teratur sebab iklan kat FB tidak akan keluar. Dan yang paling penting cover FB ada picture mak ngan abah. Bagi semangat sikit bila bukak FB. Jadi xda la Yatz nak berFB sampai lupa diri. hehehe,..


    Ps Yatz Kaizen: 2013-Mungkin akan lebihkan kepada blog pulak pada tahun 2013. Ada misi penting perlu dilaksanakan. Apa2 pun FB tetap dihati sebagai penghubung. So gunakanlah teknologi secara bijak. Peace ^_^



    PhotoZone: Muka2 Sengal YatzKaizen



    #Like kalau korang rasa Yatz Kaizen nie memang sengal.  ^_^

    Monday 24 December 2012

    TipsZone: Cara Belajar Yang Betul dan Berkesan.

    Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Disebabkan sekarang nie dah mula musim final exam kat UUM nie,... so entry kali nie Yatz nak kongsi ngan korang tentang Tips belajar yang betul dan berkesan untuk membantu pelajar menghadapi dunia peperiksaan. 
    "study smart not study hard"

    1. Menggunakan
    kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
      
    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

    -Kita ingat 10% apa yang dibaca         
    - Kita ingat 20% apa yang didengar
    - Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
    - Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
    - Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

    3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

    4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

    5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

    - Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
    - Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    - Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

    6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

    7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

    8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

    9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

    10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

    11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

    12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

    13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru/le

    14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar     

    Kesimpulan

    -Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.



    P/S: Antara tips yang selalu Yatz praktikkan masa nak exam nie ialah belajar waktu awal pagi, buat nota ringkas & belajar mengikut rentak sendiri. Semoga tips ini dapat membantu anda menjadi pelajar yang lebih cemerlang!!! Good luck pada semua.

    Sunday 23 December 2012

    MusicZone: Lagu Khas Buat Si Pemilik Rusuk Kiri Yatz Kaizen.

     

    Wanita - Dehearty



    Kau digelar sebagai penyeri dunia
    Hadirmu melengkap hubungan manusia
    Bukan sahaja dirindui yang biasa
    Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

    Akalmu senipis bilahan rambut
    Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
    Jua hatimu bak kaca yang rapuh
    Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

    Tercipta engkau dari rusuk lelaki
    Bukan dari kaki untuk dialasi
    Bukan dari kepala untuk dijunjung
    Tapi dekat dibahu untuk dilindung
    Dekat jua di hati untuk dikasihi
    Engkaulah wanita hiasan duniawi

    Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
    Jika datangnya dari kayu yang bengkok
    Begitulah peribadi yang dibentuk

    Didiklah wanita dengan keimanan
    Bukannya harta ataupun pujian
    Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

    Engkaulah wanita istimewa

    Sedarilah insan istimewa
    Bahawa kelembutan bukan kelemahan
    Bukan jua penghinaan dari Tuhan
    Bahkan sebagai hiasan kecantikan

    #Lagu ini Yatz tujukan khas kepada bakal pemilik tulang rusuk Yatzkaizen

    Semoga Allah sgera mmprtemukan kita..n sntiasa mprmudahkn urusan kta dlm mitsaqan-ghalizha (perjanjian yang sangat berat) kelak...amin Ya Rabbal'alamin...

    "Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta"

     siapalah pemilik rusuk kiri itu ya?
    adakah awak yang sedang baca blog nie ? atau..........
    *some text missing*

    Friday 21 December 2012

    LifeZone: YatzKaizen@Operasi Rambutan Kuning_UUM


    Rambutannnnnn~~~ Dah lama tak makan rambutan. Kalau minggu lepas Yatz dah perkena durian,.. minggu nie kita pekena rambutan pulak. Kalau dulu time kat rumah memang senang laaa,..sebab sekeliling rumah Yatz memang dipenuhi pokok buah-buahan. Cakap jea apa,.. durian,..rambutan,.. mata kucing,.. manggis,.. betik,.. pelam,.. jambu,.. kelapa,.. buah salak dan yang paling best sekali buah sawit. hahahahak  Tu untungnya duk area kampung nie. Banyak tanah yang boleh diusahakan. Kena pulak family yatz nie jenis ringan tangan. Ada jea yang nak ditanamnya. Kira bila time musim buah  memang meriah laa,.. boleh kumpul ngan adik beradik makan buah sama-sama.

    #Gambar time musim rambutan kat Teratak Kaizen time Hari Raya Aidilfitri lepas
    Sekarang pulak Yatz tengah study kat UUM. Memang rindu kat rumah. Tapi benda yang paling best bila study kat UUM nie ialah,.. "Kat sini pun ada dusun rambutannnnn",.. hehehe,.. Memang macam-macam buah yang ada. Tapi sekarng nie tengah musim rambutan. Jadi jumaat tadi Yatz ngan member,.. Rijal kami pun buat operasi khas selepas selesai jea solat jumaat.

     

     Jom tengok apa yang kami dah buat,... hehehe
    |
    |
    |
     V 
    Buat gaya Dr Rozmey duluuuu~~~
    Pemanjat Pokok Rambutan Paling Hebat di UUM
    Nie pulak pengutip rambutan terpantas UUM
    Panjat sampai ke pucuk tuu,.. sebiji pun xtinggal. hehehe
    Ini orang tauuu ^_^
    #Inilah rezeki kami hari ini,.. dapat la dua raga moto buah rambutan,.. seraga kami korbankan di tepi tasik. Dan seraga lagi untuk masa hadapan,.. hehehe,.. Memang best pekena rambutan tepi tasik. Tapi lagi best kalau pekena kat rumah kan,... huuuuuu~~~ sabar2,.. tinggal lagi 20 hari jea lagi. k jumpa lagi. bubye.

    LifeZone: YatzKaizen@BHM FiNal YeAR DinneR_ BaCK To 80's


    AsSalamualaikum semua,.. sorry dah lama tak mencoretkan sesuatu kat ruang Kaizenzone nie. Al_maklumlah minggu-minggu terakhir untuk last sem nie memang merupakan minggu yang paling busy. Biasa la time nie la masing-masing nak submit assignment. Dan yang paling penting minggu yang paling padat dengan dinner. Termasuklah Yatz Kaizen.

     14hb lepas kami pelajar-pelajar semesta akhir Bachelor of Hospitality Management telah mengadakan  Final Year Dinner khas buat pelajar-pelajar BHM semesta akhir. Temannya "Back to 80's"... Lainkan tema dinner kami kali nie. Biasanya orang buat tema, masquerade la,.. 50an laa. Tapi kami pulak buat 80's. Pening jugak fikir nak pakai apa. Sebab Yatz nie lahir tahun 1989. Walaupun ada angka lapan tapi Yatz nie lebih kepada 90's. Yang ada dalam kepala otak nie ada satu jea,... Zaman rock kapak. "Battle Of The Band".


    So apa lagi,.. bukak almari tengok apa yang sesuai,.. akhirnya nie la yang jadi,.. 
    seluar skinny+t'shirt+jacket+mafla+sneaker=80's??? . Hentam jela YatzKaizen,..^_^

    YatzKaizen tgh cuba buat muka cute

    Apa lagi jom kita tengok apa yang menarik kat majlis nie,..
    |
    |
    |
    |
    |
    V
    #Geng Budak Nakal naik lift
     




    #Di Meja Santapan
    #Red Carpet
    #Sebelum dan selepas
    Automatik berubah menjadi zombie time makan
    #Licin dibaham zombie
    #Aktiviti riang-ria
    #Wajah2 Gangster
    #Wajah2 1Malaysia
    #Wajah Budak2 Sengal
    #Wajah Student2BHM  Final Year!!!

    SEE MORE PICTURE

    #sWEEt time together before we go practicum.. miss uoll!!! xoxo ^_^