Kadangkala kita berada dalam situasi tersepit dan serba salah untuk
bercakap benar atau berselindung. Maka kita guna kaedah bohong sunat
namun untuk berbohong itu kadangkala pahit bukan dan kadangkala kita tak
mampu untuk meneruskan dan akhirnya kita mengaku kerana kita rasa
bersalah. Walaupun sebenarnya tujuan kita untuk kebaikan bersama.
Bagi memahami erti bohong sunat dan pengertian yang lebih mendalam,
saya terjumpa dua sumber ilmu pengetahuan dari riwayat hadis buat
pembaca.
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Bohong sunat
Hadith :
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
Tajuk :
Bohong sunat
Hadith :
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
(Bukhari)
sumber
sumber
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang
berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan
berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa)
atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak
baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu
Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum
berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran
(untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga
keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment