Wednesday 27 June 2012

Adakah Otak Anda 18 SX Atau Normal???

cuba teka gambar apa nie???


Menurut Kajian, Kanak-kanak tidak nampak gambar seseorang berintim sebaliknya menampakkan 9 Dolphin, ini menunjukkan mereka tidak pernah melihat atau membayangi apa-apa berkaitan 18sx dan hanya menampakkan binatang disebalik gambar tersebut.

Jika anda nampak gambar seseorang sedang berintim, maknanya anda perlu mencucikan fikiran anda. hehehe..

Yatz Kaizen: Fuhhh,.. nasib baik fikiran yatz nie suci dan normal. hehehehe


Tuesday 26 June 2012

Kisah Si Pendayung Sampan Dan Profesor

Artikel kali nie yatz ingin berkongsikan sikit cerita motivasi yang mungkin mampu untuk mengubah pandangan korang terhadap seseorang atau mungkin mampu membuatkan anda tidak merasa rendah diri dengan apa yang anda ada. Sesuai untuk member-member yatz yang sedang belajar dia Universiti nie dan juga bagi yang tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke menara gading.

 

Ceritanya bermula..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. 


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." 

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. 

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. 

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. 

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? 

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna... 

SUBHANALLAH...SATU DALAM SEJUTA KAT MALAYSIA....TRAFIK LIGHT MERAH SEMPAT LAGI BUKA TAFSIR AL-QURAN.

 
 
Moga-moga Allah SWT memelihara perjalanan buat pasangan gadis ini sepanjang masa....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dalam shahihnya) 

Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat Abu Dawud)

Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)
 

Yatz Kaizen: Ini bini idaman semua jejaka tampan... uii syoknya dapat bini gini tak kisah la muka tak cantik ke janji hati mau cantik. Kalau hantaran 50K pun sanggup ^_^
 

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Sumber: Dunia Macam-macam

One Day Journey at Perlis Indera Kayangan

 

25hb Jun 2012, Yatz Kaizen and the geng plan kuar pusing-pusing satu negeri Perlis. Kami konvoi naik moto jea. Dua daripada geng kami Nas zainuddin ngan Alkimi nabil  dah nak abis study dah kat UUM nie. Nie kira last outing bersama depa. So kami gerak dari UUM pada pukul 2.  Kami plan nak mandi manda kat Bukit Ayer dulu. Pastu jalan-jalan cari makan kat Perlis.

Baru jea sampai Bukit Ayer Perlis

Rehat kembalikan semula tenaga

Nie la dia Ice Cream Potong. Dia xpakai scope tp dia potong2 ice cream tu. Pastu tabur dgn kacang sbg topping dia.

Kembali kezaman kanak-kanak bersama Alkimi Nabil

Port mandi bahagian bawah. Sesuai utk bawak family berkelah kat sini.

Tangkap gambar dulu sebelum mandi-manda

Nas dah xsabau nak mandi tuuu,..

cantikkkkk

rasa macam nak terjun jea

pose sebelum basah
Nie bukan mat-mat nepal atau bangla ekkk,..

bergambar formal dulu

amboi luas kankang mu wahai nas zainuddin,..

Masa untuk melompat

Rijal dah malas nak melompat

lompat tinggi-tinggi

hensem betul picture nie

lompatan paling comel dari Nas

yeaaaaa

SeVen

Pose kat pintu depan pulak


Masing-masing buat muka comel

aku yang suka sanggat melompat.

kat Rimba Herba Perlis

Rempit time

sempat lagi ambik gambar atas moto

berhenti kat masjid untuk solat asar

Lepak-lepak kat Kuala Perlis


aku, laut dan daratan



Biskut kering


Lepak tepi laut sambil makan biskut kering,.. fuhhh memang senggal. terima kasih kepada penaja.

senjakala

nie baru la namanya lepak santai

termenung jauh nampak

kalau aku ada awek kan best,.. hehehe

Solat magrib di masjid yg indah di Kuala Perlis

Peringatan yang bermakna di tandas Masjid Kuala Perlis

Panorama masjid dimalam hari
Makan malam di Embun Dingin

Menu malam nie Steamboat and BBQ

sekepala 10hinggit jea,.. makan sampai la kenyang. berbaloi2,..

Nas si tukang refill sup

Alif sebuk masak daging

Pilihan menu steamboat

Ramai orang

Makan sampai kenyang!!!!