1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan
sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak
dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan
semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah
kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.
Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa
bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat
membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat
bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan
termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini
bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah
marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih
lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal
ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya
kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.
Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu
berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat
perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya
melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk
hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang
membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah
dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan
yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang
membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi
luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu
betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu
diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana
perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia
sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya
tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan
penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik
dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga
pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun
jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus
mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri
kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
No comments:
Post a Comment