Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam tidak memakai
tudung. Ini merupakan 4 alasan utama mereka dan jawapan kepada alasan mereka.
Alasan 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah
dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by
its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan
menjaga tingkah laku”
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang
suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa
perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda
juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu
serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa
kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan
maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga
masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya
mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca
daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di
hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi
juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Alasan 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak
bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada
juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan
mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang
kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan
insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).
Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup
aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan
anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita
membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia
adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha
pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya
akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa
yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu
ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada
orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang
diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
Alasan 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah
kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas,
bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh
wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari
hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan
dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas
atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai
diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan
yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas
atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara
zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana
tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak
mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak
menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya,
tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga
spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih
musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia
berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan
mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata
lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia
sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Alasan 4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa
sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan
tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya
bersedia”
Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah
terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa
kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih
panjang beberapa minggu lagi.
Yatz Kaizen: Semua wanita akan kelihatan lebih cantik dan sejuk mata memandang jika bertudung. LIKE kalau setuju,...