Monday, 11 November 2013

Islamiczone: Isu InsyaAllah, Insya-Allah ATAU In Shaa Allah ?




Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ? demi menjelaskan  lagi kenyataan diatas, yatz telah mencari berapa maklumat-maklumat penting bagi menjelaskan lagi persoalan diatas dalam entry blog Kaizenzone kali ini.


Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Beliau juga menafikan tentang isu Insha Allah ini.

Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini  Sila klik gambar untuk besarkan:

 

 Komen dari Ustaz Azhar Idrus:

Maka jawabnya selama mana dieja ke dalam tulisan rumi dan bunyi sebutan ejaan tulisan rumi itu sama dengan sebutan yang asal dalam bahasa arab maka tiada akan berubah maksudnya. Umpamanya di dalam bahasa Arab kita membacanya dengan sebutan INSYA-ALLAH maka ejalah ke dalam tulisan rumi insyaAllah, insya-Allah atau in Sya Allah sekalipun selama mana bunyi sebutannya adalah sama dengan sebutan yang asal dalam bahasa Arab maka tiada akan mengubah maksud asal perkataan itu.

Insya-Allah membawa maksud sekiranya Allah kehendaki, jika diizinkan Allah atau dengan izin Allah. Lafaz insya-Allah bertujuan mengingatkan kepada kita semua bahawa hanya Allah yang dapat menjayakan tiap2 perancangan dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dalam melaksanakan sesuatu.

Untuk penerangan yang lebih jelas luangkan sedikit masa untuk teliti kandungan di dalam video ini.

 

Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi) Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah. 

 Wallahu'alam,..

** Mohon disebarkan pada saudara2 yang lain. Moga tiap2 yang membaca beroleh manfaat darinya dan tiap2 yang menyebarkan ilmu ini beroleh manfaat darinya juga.


No comments:

Post a Comment