Saturday 23 November 2013

Islamiczone: Pemergian Yang Telah Menghidupkan Begitu Banyak Jiwa [ Ahmad Ammar Dalam Kenangan]



Yatz terpanggil untuk berkongsi kisah tentang pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Mungkin ada pembaca yang berasa janggal apabila Yatz menyebut nama ini. Yatz mengetahui berita mengenai perkara ini melalaui laman social Youtube yang memuatkan video Allahyarham anak muda yang mempunyai semangat juang yabf tinggi yang meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Istanbul Turki pada 2 November lalu. Lalu yatz cuba mencari beberapa maklumat tentang beliau di laman perkongsian blog dan juga facebook untuk perkongsian bersama pembaca semua.


Kisah pemergian Allahyarham cukup memberi kesan kepada semua orang... Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak.. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu... 



Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya... Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya... "Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak  yang syahid"

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.



Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

 

Catatan oleh Ahmad Ammar di wall FBnya pada 11 Ogos 2011......
(Ahmad Azam Ab Rahman)
 
Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..


 P/s: Ahmad Ammar bin Ahmad Azam - Sosok seorang mujahid muda. Dipersiap bagi menjadi tentera Al-Fateh, namun takdir Allah tiada siapapun tahu. Pemergiannya menginspirasi mujahid - mujahid muda yang lain untuk mencontohinya; menjadi seperti Al-Fateh, menjadi seperti Ahmad Ammar.

Berbahgialah dikau disisi Rabbul Izzati..  Al-Fatihah,..



*SUMBER: Perkongsian dari perlbagai blog dan juga Facebook.

No comments:

Post a Comment