Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah
mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut
tatacara yang bersistem. Disebabkan sekarang nie dah mula musim final exam kat UUM nie,... so entry kali nie Yatz nak kongsi ngan korang tentang Tips belajar yang betul dan berkesan untuk membantu pelajar menghadapi dunia peperiksaan.
|
"study smart not study hard" |
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your
biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi
air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas
berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7.
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi
penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa
dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti
membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat
Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului,
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru/le
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Kesimpulan
-Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut ,
anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.
Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi
yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
P/S: Antara tips yang selalu Yatz praktikkan masa nak exam nie ialah belajar waktu awal pagi, buat nota ringkas &
belajar mengikut rentak sendiri. Semoga tips ini dapat membantu anda
menjadi pelajar yang lebih cemerlang!!! Good luck pada semua.