Sunday 23 December 2012

MusicZone: Lagu Khas Buat Si Pemilik Rusuk Kiri Yatz Kaizen.

 

Wanita - Dehearty



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

#Lagu ini Yatz tujukan khas kepada bakal pemilik tulang rusuk Yatzkaizen

Semoga Allah sgera mmprtemukan kita..n sntiasa mprmudahkn urusan kta dlm mitsaqan-ghalizha (perjanjian yang sangat berat) kelak...amin Ya Rabbal'alamin...

"Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta"

 siapalah pemilik rusuk kiri itu ya?
adakah awak yang sedang baca blog nie ? atau..........
*some text missing*

No comments:

Post a Comment