Wednesday 12 December 2012

UUMZONE: 200 Pelajar UUM Pecah Rekod buat roti Jala 72 Jam Tanpa Henti.


Hoyeaaaa,..akhirnyaaa,.. setelah bersengkang mata selama tiga hari,.. bermula pada 5hb December 2012 dalam usaha untuk mencipta nama di dalam Malaysia Book of Records akhirnya kami berjaya juga untuk memecahkan rekod Malaysia menerusi Pembuatan Roti Jala Tanpa Henti Selama 72jam,.. waa tahniah3!!!

Acara ini merupakan sebahagian daripada acara didalam Hospitality Fiesta yang merupakan sebuat projek berskala besar pertama hospitality buat julung kali diadakan di UUM. Memang pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa kami harungi bagi menjayakan projek ini. Untuk menghasilkan roti jala sepanjang tempoh 72 jam tanpa henti dengan membahagikan tugasan dimana setiap pelajar akan bergilir-gilir menghasilkan roti jala dalam tempoh 30 minit tanpa henti. 

Kami menggunakan 150kg tepung cucur lemak manis dan juga serbuk kunyit yang ditaja oleh Adabi. Dalam sejam kami mampu menghasilkan 125 keping roti jala, manakala dalam sehari sebanyak 3,000 mampu dihasilkan. Fuhhh banyakkan??? Tapi jangan risau. Semua roti jala yang dimasak akan diagihkan kepada peserta dan juga pelajar-pelajar di UUM.  So tak membazir la kann,.. Jadi dalam tempoh tiga hari tu. Menu utama Yatz Kaizen memag roti jala jea kannn,.. Nasib baik sedappp. hehehe,..K jom tengok apa yang menarik yang sempat yatz rakamkan.

Overtime pada pukul 1:30AM
AMARAN!!! Jangan tiru aksi ini.
Majlis Perasmian
Chef Kaizen
Chef Kaizen mula beraksi
HF (Hospitality Fiesta)
Hoyeaaa,.. Berjaya akhirnya,..72 Hour Non Stop Roti Jala in Malaysia Book of Records




No comments:

Post a Comment