Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari ibu,.. tapi sekarang semakin heboh
yang mengatakan Hari Ibu itu haram
disambut...tapi sejauh manakah kesahihannya... so Yatz Kaizen pun blogwalking
bagi mencari pendapat-pendapat dari pelbagai pihak, khususnya dr ustaz2 dan
juga dari para bloger. dan ini diantara entry yang perlu korang baca,.. kreadit
kepada blog Firdaus Zulkifli yang telah memberi penerangan yang jelas mengenai
isu ini. Apa-apa pun cuba korang baca dulu dan fikir-fikirkanlah
kewajarannya,..
Antara entry yang membincangkan hukum menyambut hari ibu:
Sambut Hari Ibu – Haram Ke Tidak Sebenarnya ?
Haram Sambut Hari Ibu @ Mothers Day ?
Hot: Sambut hari ibu haram!
Hari Ibu adalah "HARAM"
Dalam salah satu video youtube Ustaz Azhar Idrus pun ada menyatakan yang haram menyambut hari ibu ini:
Sambut Hari Ibu – Haram Ke Tidak Sebenarnya ?
Haram Sambut Hari Ibu @ Mothers Day ?
Hot: Sambut hari ibu haram!
Hari Ibu adalah "HARAM"
Dalam salah satu video youtube Ustaz Azhar Idrus pun ada menyatakan yang haram menyambut hari ibu ini:
"Ustaz azhar mengatakan haram sambut hari ibu kerana
sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan
kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja"
Dalam satu entry terbaru dari blog Kereta Mayat pula
mengatakan bahawa:
"Apabila benda itu ada kebaikan, dan kebaikan itu tidak
menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu
begini..."
So apa kata putus kita, adakah kita masih nak menyambut hari
ibu p ataupun biarkan esok berlalu seperti hari-hari yang
sebelumnya...bagi aku memang aku dah putuskan untuk tetap menyambut hari ibu
pada esok hari kerana aku menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak sesekali
menjejaskan akidah aku sebagai umat islam...
Aku yakin untuk menyambutnya juga kerana semenjak bergelar
pelajar universiti ini dan seorang remaja memang masa aku banyak dihabiskan di
kampus dan kalau balik kerumah 50 % dari masa aku bersama kawan-kawan so apa
salahnya kalau aku jadikan satu hari di bulan mei ini untuk menunjukkan
penghargaan kepada ibu aku yang telah menjaga aku selama 20 tahun ini...
Kalau ikutkan memanglah haram menyambut hari ibu ini kerana
ada dalil mengatakan hari ibu ini diwujudkan kerana demi tanda penghormatan
kepada Mother Of Churh...tapi kalau kita menyambut hari ibu dengan niat nak
ikut upacara tuh memanglah salah so tekadkan niat kita nak menunjukkan ibu
penghargaan kepada segala penghargaan yang selalau kita bagi kepada ibu kita
hari-hari...
Salah satu entry berkenaan hari ibu yang menarik perhatian
aku adalah entry dari blog Kereta Mayat: Hari Ibu Haram?..dalam entry tuh menceritakan
segalanya pendapat yang tuan empunya blog mengenai hari ibu ini...
Petikan entry tersebut:
"kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan,
menyerupai orang kapir, menyerupai
tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni
haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke
kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna
tulisan jawi, baru halal-woha! "
Nak tahu lagi, pergilah ke entry tersebut...
Yatz Kaizen: So apa pendapat korang???
No comments:
Post a Comment