Sunday 13 January 2013

LifeZone: Riang_ria mandi manda @ Air Terjun Gepai Perak


Hai,.. entry kali nie yatz nak kongsi citer ngan korang pasal aktiviti Yatz minggu nie. Pada  11hb Januari 2013,.. lepas jea exam Yatz terus balik rumah kat Perak. Pada perancangan nak hantar motor pastu ambik kereta pulak. Biasa la bila akhir sem nie. Banyak pulak barang-barang nak diangkut. Nasib baik tak sampai kena bawak lori banyaknya. Kebetulan pulak, sahabat Yatz, Alif @ Alkimi Nabil (nama facebook) tengah free xbuat apa. Dia sebenarnya dah habis study dah. Sekarang tengah lepak2 kat dalam bilik Yatz lepas hantar report pratikum dia. Jadi apa lagi,.. yatz pun ajak la dia balik sekali.


Jadi pada 12hb Januari 2013, Sabtu, Yatz pun bawak si Alif gi satu tempat mandi manda yang kureng orang tau pasal kewujudannya,.. namanya “Air Terjun Gepai @ Lubuk Degong “,.. terletak di Bidor Perak.  Jaraknya kira-kira 40 minit dari rumah Yatz. Kawasan air terjun ini tidaklah bagitu terkenal di Negeri Perak. Ia hanya dikenali oleh orang sekitar Bidor.. Walaubagaimana pun setiap hari ada pengunjungnya dan akan bertambah bila cuti hujung minggu.  Ia terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bidor. Tiada pengangkutan awam yg disediakan ke kawasan ini kerana tidak banyak penduduk disekitar jalan masuk kekawasan perkelahan ini. Tetapi lebih kurang 1 km dari kawsan ini terdapat sebuah perkampongan orang asli Kg.Chang . 


 Apa yang menarik yang Yatz nak kongsi,.. terdapat cerita yang mendakwa terdapat sebuah terowong dibawah air terjun ini yg menghubungkan antara Bidor dan Tapah. Sehingga sekarang tiada manusia yg berani masuk dalam terowong tersebut untuk membuktikanya. Kawasan dasar air terjun nie memang dalam. Jadi yatz nasihatkan supaya berhati-hati ketika mandi dikawasan tersebut. Ramai muda mudi suka mandi dikawasan ini kerana kawasan ini ada tempat yg airnya dalam, jadi mereka boleh terjun dan membuat apa saja bentuk terjun akrobatik,..

Area Mandi_Manda
Lompatan Jurus Biawak Jantan dari Alkimi Nabil
Lompatan Jurus Nangka Laut dari Yatz Kaizen
Lompatan Jurus Pertukaran 1Malaysia
Teknik renangan berirama dari Alkimi Nabil

Tendangan Sepoi-Sepoi Bahasa
Aktiviti Riang-ria mandi manda


Jadi apa lagi,..  
Jom le ke Air Terjun Gepai dan merasai kesejukan mandi disana.........


No comments:

Post a Comment