Friday 4 May 2012

Tips apabila bertemu Mr Pacat


salam semua… Entry ini Yatz Kaizen tujukan khusus kepada member-member yang bakal masuk Hutan Sintok esok. Maaf lambat post entry nie,.. line lembab sikit. Bukan lembab macam siput,.. tapi lembab macam pacat. Hehehehe gurau jea.

ha nih antara tips yang aku mau share ngan korang semua. terutamanya yang mau masuk dalam hutan.. nih berdasarkan pengalaman aku and info yang aku jumpa dalam web. renung3kan dan amalkan..



 

Tips nak elak Mr Pacat
  • Pakai stokin yang panjang hingga para betis atau paling baik sampai paras lutut… ni untuk elak pacat cepat naik ke kaki korang.
  • Pakai baju lengan panjang yang tidak longgar. baju yang longgar memudahkan pacat naik ke badan.
  • Sebelum masuk hutan, rendamkan stokin kaki dan baju yang ingin di pakai dalam air rendaman tembakau dan biarkan semalaman kemudian keringkan. ini mungkin x selesa sedikit sebab kain akan berbau tembakau.
  • Pakai kasut yang bertutup. jangan sekali-kali korang pakai yang ada lubang atau tidak bertutup. kasut mestilah tidak terlalu longgar juga untuk elak pacat memasuki kasut.
  • Kalau memakai stokin pilih stokin yang tebal atau pakai dua lapis. pacat nih x mudah putus asa. dia akan cuba juga masuk stokin korang.
  • Jangan melanggar semua tumbuhan masa korang dalam hutan. jika ada denai, korang ikut jak denai tuh sebab pacat nih suka sembunyi bawah kelopak daun.
  • Kalau korang pakai tudung, masukkan tudung dalam baju yang dipakai.
  • Cuba pakai pakaian termasuk stokin yang berwarna terang sebab pacat berwarna sedikit gelap dan ini memudahkan untuk kesan pacat yang naik.
  • Sepanjang jalan dalam hutan sentiasa belek2 atau lihat kasut korang sebab kebanyakan pacat naik dari kaki.
  • Jangan berhenti di sesebuah kawasan statik lama dan jangan sembarang duduk dalam hutan ini bagi peluang kepada pacat untuk naik kaki korang.
  • Sentiasa bawa garam, minyak kayu putih dan minyak kapak. bahan2 nih korang bole tabur pada pacat untuk dia melepaskan kaki korang kalau pacat tuh naik dan da melekat menikmati darah korang.
  • Bawa juga pen atau ranting untuk bantu korang tanggalkan pacat yang naik badan korang… especially yang geli akan benda2 mengensot macam pacat..
  • Minta kawan belakang korang untuk sentiasa tengok2kan belakang kaki dan belakang badan korang kalau ada pacat yang cuba naik badan korang. kalau ada kawan lelaki lagi ok sebab mereka nih jarang geli macam pompuan.




Cara betul untuk alih Mr Pacat.
  • Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
  • Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
  •  Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
  • Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
  • Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
  •  Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.

Tu je la rasanya tips yang boleh di-sharekan.. kalau da amalkan tips nih tapi masih ragu2 korang redha jea la… ada orang cakap pacat nih pengukur samada hutan tuh da tercemar atau x. kalau x pacat maknanya hutan tuh da tercemar…

so jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah. Namun, untuk mereka yang memiliki kulit putih gebu atau manja (sensitif), gigitan pacat turut memberi kesan apabila meninggalkan kesan parut yang ketara. Paling kuat pun korang akan dapat lovebite kat kaki dari Mr Pacat nie jea.

so, selamat  berjumpa and bermanja-manja dengan Mr Pacat… 

No comments:

Post a Comment