Terkejut gak bila baca kisah seram tentang kenapa Penjara pudu ditutup dan dirobohkan yang sebenarnya. Walaupun kisah seram tentang sebab penjara pudu ini ditutup dan dirobohkan agak panjang tapi agak berbaloi untuk dibaca ramai-ramai agar menjadi pedoman setiap orang.
Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian
penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang
berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, penjara
pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil
tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang
pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala
Lumpur ini di laksanakan?
Sebelum Penjara Pudu
ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil
"BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak
Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum
menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah
pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang
diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut
kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari
Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu
tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai
bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari
Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak
dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai
seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan
"Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang
pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari
berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat
apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam
kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu
lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh
ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri
menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah
terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu
gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun
diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil
meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila
sampai kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi
tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta
itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaa".. "Ahmad Albab yang
punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmad Albab yangpunyaaaaaa ...
"Tahniah kerana minat membaca.
P/s: aku pun terkena... so apa salahnya
foward kat org lain lak kan ....hahahaha!
***Ni copy dari FB. Best gak share ramai-rama ^_^
anda sangatlah terlau rajin menulis entry nie.... huhu...enjoy...
ReplyDeletehehehe,.. ko dh baca entry pasal UUM???? haa tu lg seram habak hang,.. ^_-
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete