HEP ONLINE
: “Peluang mahasiswa belajar pengurusan acara” itulah perkataan yang
diungkapkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Haji Mohd
Harif dalam majlis Royal
Concert Appreciation Night yang dihadiri oleh lebih 100 mahasiswa yang bersama-sama menjayakan Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung pada 23 September itu bertempat di
Dewan Angsana EDC Hotel.
Antara pengisian program ialah ucapan Pengarah HEP, Penyampaian
cenderamata dan sijil dan sambutan hari lahir.
Antara tujuan program ini adalah sebagai penghargaan dan untuk
memupuk sifat kerjasama di dalam kumpulan di samping mengukuhkan lagi perpaduan.
Menurut
Pengarah Pusat Budaya dan Seni Huzaidy Haji Hussain berkata
program ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran, menanam sifat
penyayang dikalangan staf dan juga mahasiswa UUM supaya meningkatkan
lagi kemahiran sosial para staf dan mahasiswa.
”Program seperti ini amat digalakkan kerana memberi input kepada pelajar
dalam usaha membantu, mendekatkan mahasiswa dengan staf PBS dan merapatkan lagi hubungan”, jelas beliau lagi.
“Sebagai warga UUM, kita ibarat seperti sebuah keluarga yang saling melengkapi antara satu sama
lain”, tambah beliau lagi.
Selain itu mahasiswa dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus melakar kejayaan melalui
pengisian masa di universiti dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat.
Penglibatan mereka dalam aktiviti universiti misalnya melalui kerja amal bersama masyarakat kampus
memberi peluang untuk mendalami budaya, adat resam dan sekaligus dapat menimba pengalaman berharga.
No comments:
Post a Comment