Sunday 30 September 2012

UUMZONE : Info Tentang Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Alhamdulillah,.. Hari nie Yatz baru jea dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Setelah lama beratur berjaya jugak kad tu berada didalam genggaman. So entry kali nie Yatz nak bagi sikit info dekat korang tentang KDS1M nie. Nanti senang sikit korang nak guna kad nie.

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)
1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.

2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M
1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.

2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.



*Tempat yang boleh guna kad siswa ni dan boleh dapat diskaun katanya :

 Buku & Alatan Tulis
 MPH Bookstores
 Imlaq Book Centre
 BORDERS
 RONA
 Kiang Trading
 Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
 Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
 Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN

*Untuk maklumat lebih lanjut lawati http://www.1pengguna.com/

NotaKaki : Lepas dapat Kad Diskaun nie diharap semua pelajar Universiti dapat menggunakan secara berjimat cermat. Gunakanlah pemberian yang diberikan secara bijak. Takmau bazir-bazir ok  ^_^


No comments:

Post a Comment