Artikel kali nie yatz ingin berkongsikan sikit cerita motivasi yang mungkin mampu untuk
mengubah pandangan korang terhadap seseorang atau mungkin mampu membuatkan
anda tidak merasa rendah diri dengan apa yang anda ada. Sesuai untuk member-member yatz yang sedang belajar dia Universiti nie dan juga bagi yang tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke menara gading.
Ceritanya bermula..
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat
kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu
seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung
sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat
kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit
air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke
langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari
nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir
semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur
hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu
perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor
itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah
kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu
tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor
itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau
begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang
sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan
sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus
nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke
pantai.
Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh
menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika
tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang
kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin
bodoh dalam bidang yang tidak adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi
"MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu
yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...