Hai,.. entry kali nie yatz nak kongsi citer ngan korang pasal aktiviti Yatz
minggu nie. Pada 11hb Januari 2013,..
lepas jea exam Yatz terus balik rumah kat Perak. Pada perancangan nak hantar
motor pastu ambik kereta pulak. Biasa la bila akhir sem nie. Banyak pulak
barang-barang nak diangkut. Nasib baik tak sampai kena bawak lori banyaknya. Kebetulan
pulak, sahabat Yatz, Alif @ Alkimi Nabil (nama facebook) tengah free xbuat apa.
Dia sebenarnya dah habis study dah. Sekarang tengah lepak2 kat dalam bilik Yatz
lepas hantar report pratikum dia. Jadi apa lagi,.. yatz pun ajak la dia balik
sekali.
Jadi pada 12hb Januari 2013, Sabtu, Yatz pun bawak
si Alif gi satu tempat mandi manda yang kureng orang tau pasal kewujudannya,..
namanya “Air Terjun Gepai @ Lubuk Degong “,.. terletak di Bidor Perak. Jaraknya kira-kira 40 minit dari rumah Yatz. Kawasan air terjun ini tidaklah bagitu terkenal di
Negeri Perak. Ia hanya dikenali oleh orang sekitar Bidor.. Walaubagaimana pun
setiap hari ada pengunjungnya dan akan bertambah bila cuti hujung minggu. Ia terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bidor.
Tiada pengangkutan awam yg disediakan ke kawasan ini kerana tidak banyak
penduduk disekitar jalan masuk kekawasan perkelahan ini. Tetapi lebih kurang 1
km dari kawsan ini terdapat sebuah perkampongan orang asli Kg.Chang .
Apa yang menarik yang Yatz nak kongsi,.. terdapat
cerita yang mendakwa terdapat sebuah terowong dibawah air terjun ini yg
menghubungkan antara Bidor dan Tapah. Sehingga sekarang tiada manusia yg berani
masuk dalam terowong tersebut untuk membuktikanya. Kawasan dasar air terjun nie
memang dalam. Jadi yatz nasihatkan supaya berhati-hati ketika mandi dikawasan tersebut.
Ramai muda mudi suka mandi dikawasan ini kerana kawasan ini ada tempat yg
airnya dalam, jadi mereka boleh terjun dan membuat apa saja bentuk terjun
akrobatik,..
|
Area Mandi_Manda |
|
|
Lompatan Jurus Biawak Jantan dari Alkimi Nabil |
|
Lompatan Jurus Nangka Laut dari Yatz Kaizen |
|
Lompatan Jurus Pertukaran 1Malaysia |
|
Teknik renangan berirama dari Alkimi Nabil |
|
Tendangan Sepoi-Sepoi Bahasa |
|
Aktiviti Riang-ria mandi manda |
Jadi apa lagi,..
Jom le ke Air Terjun Gepai dan merasai kesejukan mandi
disana.........