Sunday 12 August 2012

LifeZone: Memory Kad Raya Yatz Kaizen

Masih segar dalam ingatan Yatz, pada waktu zaman persekolahan, dalam kesibukan menyediakan persiapan berbuka puasa dan kedatangan syawal, kehadiran si posmen turut dinanti-nantikan dengan harapan sekeping kad raya tiba ketangan sebagai tanda diri ini diingati. Tradisi menghantar kad raya yang sering dilalukan oleh kakak Yatz dulu kini tetap diteruskan oleh adiknya nie...


Pada waktu dulu, kad raya nie kira seperti satu kemestian ataupun satu tradisi popular yang memeriahkan lagi ketibaan aidilfitri. Pelbagai bentuk, saiz dan konsep diguna pakai menjadi penyeri rumah. Al-maklumla dulu kalau dapat kad raya, masing-masing akan gantungkan di ruang tamu sebagai perhiasan untuk menjadi salah satu dekorasi istimewa hari raya. Kalau rumah Yatz dulu memang meriah dengan kad-kad raya nie. Nak tau sebab apa??? Sebab yatz ramai kakak. So sahabat peeeeeeeeeeeena ramai. Peminat lg la. hehehe

Dulu mana ada phone canggih-canggih atau computer. Mana boleh hantar SMS, MMS or e-mail macam  sekarang nie. Mereka dulu selalu guna surat jea. Kalau sekarang kita leh chat secara mudah kat internet,.. dulu susah ooo,..

Kad raya Yatz Kaizen tahun nie.
Sekarang memang tradisi penghantaran kad raya memang dah semakin dilupakan sejajar dengan perkembangan teknologi. Sejujurnya, menerima sekeping kad raya mampu membuatkan diri kita berasa bahgia kerana berasa diri ini dihargai dan diingati oleh penghantar. Kena pulak penghantar tu insan yang tersayangkan. Confirm wangi jea kad tu berbedak. Hehehe

Peti Bersurat yang lama berjasa.
Elemen wajib yang akan memenuhi ruang ucapan kad raya termasuklah salam Aidilfitri, pemohonan maaf, soalan berkaitan pakaian,lokasi beraya, persiapan kuih raya, jemputan ke rumah pengirim, dan yang paling unik duit syilling akan ditampal sebagai usikan duit raya. Ini kerana penggunaan dialog kelakar dan unik mampu membuatkan individu ketawa selain penggunaan jenis perkatan dan juga warna yang terang.

Tidak dilupai juga dengan perkataan “harap balas”,.. yang tertera di kad raya sebagai amanah bagi penerima untuk membalas kad raya terbabit. Kalau dulu mesti ada pantun punya,.. paling cincai pun pantun dua kerat: 

",..Pecah kaca pecah gelas,.. lepas baca harap balas,.. 
Pecah kaca pecah tong,.. lepas baca harap gantung,.” 

Amacam??? Klasik tak pantun Yatz dulu-dulu. Hehehe.

Bagi anak remaja, ramai yang akan memilih kad ucapan yang berkonsepkan ilustrasi mahupun kartun menggunakan jenis perkataan, karakter dan warna ceria yang melambangkan keceriaan. Bagi yang berwang sikit kad raya yang berbunyi iaitu kad yang mengandungi lagu raya memang menjadi suatu yang istimewa oleh penerima.

Namun kini, kemajuan teknologi membuatkan kad raya semakin dipinggirkan kerana ramai yang menyukai sesuatu yang mudah dan cepat seperti SMS yang mudah dipadam dan dilupakan.

P/s: Agak-agak remaja sekarang dapat rasa macam Yatz rasa dulu tak??? Entah kenapa Yatz rasa raya dulu lagi best dari sekarang. Mungkin sebab faktor usia kot. Dulu kanak-kanak rebina,.. sekarang dah boleh jd bapak budak pulak. Mungkin nanti bila berkeluarga sendiri lain pulak rasanya. hehehe

No comments:

Post a Comment