Saturday 23 June 2012

Misi Mencari kotak

21hb Jun 2011,.. fuhh habisss sudah exam yatz kaizen utuk sem nie,.. tinggal lagi satu sem jea lagi,.. pejam celik pejam celik dh nak abis dahh,.. so semalam lepas jea exam lasttt payyyyperrr terus yatz horey-horey kat bilikkk.  Tido puas2 dulu. Petang pulak ada misi penting,. Misi yang akan dilakukan oleh geng-geng Kaizen untuk setiap hujung sem. “Misi Mencari Kotakkkkkk”,..


Macam biasa la bila nak balik nie kena la packing semua barang-barang. So Kotak merupakan barangan yang amat panas ketika hujung-hujung sem nie. Kalau awal-awal sem memang belambak kat kedai area UUM nie. Tapi bila hujunghjung sem nie, populasi mereka semakin bekurangan pulak. Hehehe,.. Kalau yang malas tu depa beli kat mall jea. 5 hinggit dah boleh dapat. Tapi bagi insan-insan macam kami nie. Semua itu tak penting. Yang penting keseronokan memburu kotak tu lagi besttt,..

Lokasi pertama sebelum Misi Mencari Kotak bermula ialah kami pergi mengisi tenaga di kedai Cendol Pulut area bawah jejantas kat Changloon tu. Semua pekena cendol pulot. Dah lama tak makan cendol pulut kat situ. Kena pulak cuaca sekarang panas berjerebu. Memang mencabar betul misi nie,.. hehehe

Mula-mula kami pergi area belakang C-Mart Changloon. Mengikut informer kami, kat situ memang banyak kotak. So kami pun gi cari. Rupanya-rupanya clear sudah. Yang tinggal pun yang sedap-sedap letak bantal dua butir jea. Tu pun depa nak jual 30sen satu kotak,.. Apa barang. So kami out. pergi cari tempat lain.

Lokasi seterusnya memang likasi popular kami sejah tahun lepas lagi. Rahsia ooo,.. jangan gitau orang lain. Tempat nie memang banyak kotak. Free pulak tu. Kami pun pergi ke kedai Uncle Ramesh. Dia bukak kedai runcit and frozen food. So memang banyak kotak kat situ. Maka pencarian pun bermula.

 

Alhamdulillah,.. kotak yang dicari pun dah berjaya ditemui. Walaupun agak lewat tapi sempat jugak. Terima kasih kepada uncle Ramesh yang sporting bagi kotak nie secara free. Terima kasih jugak kepada geng-geng Kaizen yang setia menemani mencari kotak buat kali terakhir. Sem depan korang takda dah,.. sedihhhhhhhh2  (T_T)

1 comment:

  1. salam...nk tny.kdai uncle ramesh ni bukak x ari jumaat?

    ReplyDelete