Yatz terpanggil untuk berkongsi
kisah tentang pemergian seorang anak muda
berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Mungkin ada pembaca
yang berasa janggal apabila Yatz menyebut nama ini. Yatz mengetahui berita
mengenai perkara ini melalaui laman social Youtube yang memuatkan video
Allahyarham anak muda yang mempunyai semangat juang yabf tinggi yang meninggal
dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Istanbul Turki pada 2 November
lalu. Lalu yatz cuba mencari beberapa maklumat tentang beliau di laman
perkongsian blog dan juga facebook untuk perkongsian bersama pembaca semua.
Kisah pemergian Allahyarham cukup memberi kesan kepada semua orang... Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak.. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu...
Subhanallah, hebatnya anak muda
ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya... Tabah hati
si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi
menemui penciptanya... "Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain
bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang
syahid"
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun
meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan
ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di
Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan
juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda
itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di
dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk
mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya
pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang
tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang
berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di
Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah
pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan
anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman,
mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan
pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung
pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam
Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad
Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman
dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain
itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan
seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid
ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana
mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi
dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati
sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan
agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar
Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar
disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah
perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima
Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi
pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama
disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat
selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid
Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Catatan oleh Ahmad
Ammar di wall FBnya pada 11 Ogos 2011......
(Ahmad Azam Ab Rahman)
(Ahmad Azam Ab Rahman)
Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
P/s: Ahmad Ammar bin Ahmad Azam - Sosok seorang mujahid muda. Dipersiap bagi menjadi
tentera Al-Fateh, namun takdir Allah tiada siapapun tahu. Pemergiannya
menginspirasi mujahid - mujahid muda yang lain untuk mencontohinya; menjadi
seperti Al-Fateh, menjadi seperti Ahmad Ammar.
Berbahgialah dikau disisi Rabbul Izzati.. Al-Fatihah,..
Berbahgialah dikau disisi Rabbul Izzati.. Al-Fatihah,..
*SUMBER: Perkongsian dari perlbagai blog dan juga Facebook.