Thursday 26 July 2012

NewsZone: Sindiket Jual Ijazah Palsu Tumpas


Polis menumpaskan sindiket menjual ijazah palsu tiga universiti luar negara membabitkan 525 pembeli dengan nilai lebih RM5 juta.

Dalam serbuan di sebuah premis di USJ 10, Subang, Selangor semalam, dua suspek dipercayai dalang utama, ditahan.

DATUK TUN HISAN TUN HAMZAH/KETUA POLIS SELANGOR
"Scroll akan diberikan pada hari graduation tersebut dia akan panggil mat salleh pakai pakaian macam some Dean satu fakulti mana-mana orang kita pi sana, 525 orang ni they knew very well, dia tak payah ujian, tak payah tutorial dan tba-tiba pakai baju tu dan ambil scrolL, dia orang ni pun sama juga lima kali dua, dua kali lima."

Siasatan mendapati ijazah dijual sekitar RM6,500 untuk sarjana dan RM10,500 bagi PHD.

Siasatan mendapati ejen hanya perlu membuat panggilan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan ijazah secara mudah.

Mereka hanya perlu mendaftar nama menerusi talian dan memilih universiti serta kursus sebelum terus menghadiri majlis konvokesyen tanpa perlu menghadiri kelas atau mengambil ujian.

Polis juga mengesahkan akan mengambil keterangan beberapa individu termasuk individu bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dua suspek yang ditangkap iaitu seorang lelaki 37 tahun dan wanita 36 tahun kini direman empat hari sehingga 28 Julai depan.


Yatz Kaizen: Senang jea kan,.. bermodalkan RM6,500 dah dapat segulung ijazah. Yatz kat UUM nie jenuh memerah otak tunggang terbalik study. Bertahun pulak tu. Depa senang-senag jea. Sekarang asal ada duit semua boleh. Tapi kita kena ingat duit xboleh bawak masuk kubur. Hanya iman, amal ibadah kita jea harta kita di sana nanti. Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment