Tuesday, 31 July 2012

StoryZone: Kisah RM1 dan RM50


Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau..

                                  ••Fadhilat BERKAITAN SEDEKAH •●

PERBANDINGAN SEDEKAH MELALUI AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk
dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah " ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap
hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )


            ●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Thursday, 26 July 2012

NewsZone: Sindiket Jual Ijazah Palsu Tumpas


Polis menumpaskan sindiket menjual ijazah palsu tiga universiti luar negara membabitkan 525 pembeli dengan nilai lebih RM5 juta.

Dalam serbuan di sebuah premis di USJ 10, Subang, Selangor semalam, dua suspek dipercayai dalang utama, ditahan.

DATUK TUN HISAN TUN HAMZAH/KETUA POLIS SELANGOR
"Scroll akan diberikan pada hari graduation tersebut dia akan panggil mat salleh pakai pakaian macam some Dean satu fakulti mana-mana orang kita pi sana, 525 orang ni they knew very well, dia tak payah ujian, tak payah tutorial dan tba-tiba pakai baju tu dan ambil scrolL, dia orang ni pun sama juga lima kali dua, dua kali lima."

Siasatan mendapati ijazah dijual sekitar RM6,500 untuk sarjana dan RM10,500 bagi PHD.

Siasatan mendapati ejen hanya perlu membuat panggilan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan ijazah secara mudah.

Mereka hanya perlu mendaftar nama menerusi talian dan memilih universiti serta kursus sebelum terus menghadiri majlis konvokesyen tanpa perlu menghadiri kelas atau mengambil ujian.

Polis juga mengesahkan akan mengambil keterangan beberapa individu termasuk individu bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dua suspek yang ditangkap iaitu seorang lelaki 37 tahun dan wanita 36 tahun kini direman empat hari sehingga 28 Julai depan.


Yatz Kaizen: Senang jea kan,.. bermodalkan RM6,500 dah dapat segulung ijazah. Yatz kat UUM nie jenuh memerah otak tunggang terbalik study. Bertahun pulak tu. Depa senang-senag jea. Sekarang asal ada duit semua boleh. Tapi kita kena ingat duit xboleh bawak masuk kubur. Hanya iman, amal ibadah kita jea harta kita di sana nanti. Renung-renungkan.

VideoZone: Video Terkini Matluthfi,.. Om nom nom nom


Ramadhan ini,.. mari kita berpuasa kerana tuhan
this Ramdhan, let's purify our intentions



Wednesday, 25 July 2012

SportZone: [VIDEO] Azmi Muslim Fantastic Goal Arsenal Vs Malaysia XI

GoooooooooOOOOALLLLLLL!!! BRILLIANT SHOOT..fuuuhhh.. sikit jea lagi Malaysia nak kalahkan Arsenal tu 1-2. Permainan yang hebat. Kalau player Malaysia keep on track macam 1st half performance, insyaAllah Malaysia sure menang AFF nanti. Aminnn


Proud to be malaysian
 

InterestingZone: Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) . Ini bukan cobaann ini betul-betul.


Tengah syok-syok blogging nampak satu link . Nie pasal pasangan yang kawen dalam usia yang sangat muda beb.  Majlis perkahwinan ini berada di Pahang apa yang menariknya perkahwinan ini mereka masih muda dan di bangku sekolah. Pasti mereka yang tak kahwin jeles gila bila tengok video ini mana tak nyer Syafiq umur 16 tahun suami kepada Yana 14 tahun. Cuba bayangkan masa spm nak beranak jaga anak kan susah nanti takpe la rezeki dia orang nak buat macam mana.

Terkezut jugak yatz dapat tau. Kalau orang dulu-dulu zaman mak bapak yatz dulu kira biasa la nie kan. Tapi zaman kita nie lain sikit. muda tak muda la kan! tak caye? tengok video bawah ni .
 

dah? percaya kan. Sekali tengok macam budak-budak main kawen-kawen jea. Fuhh,.. Yatz bila la lagi (gatai nak kawen) hehehe.  Jearlous nieeee,.. So nak bagi korang jeles lagi bawah nie ada picture dorang. Comel jea kan pengantin nie. hehe

 






Nie semua sebab dah jodoh diorang sampai awal. dan dah Allah s.w.t tulis untuk diorang macam tu. lagipun, banyak pahala kan. dapat elakkan maksiat . pasal study ke apa ke. insyaAllah diorang boleh bawa. rezeki masing masing lah! Semoga pasangan ini kekal hingga anak cucu. aminnnn~

Ps Kaizen: Rata-rata orang, apabila lihat sahaja gambar@video orang kahwin, mahu juga kita kahwin, malah tak keterlaluan jika Yatz katakan, *gatal* nak berkahwin. Tapi jika kita lihat gambar@video orang belajar, takda la pula kita *gatal* nak bukak buku, sambung belajar sampai PhD ya?



Monday, 23 July 2012

Kesan Membawa Telefon di Sekolah

 

Zaman dah berubah dunia dah maju. Sekarang nie kerajaan dah mempertimbangkan sama ada membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

YatzKaizen : Fuhhh  hebat budak-budak sekarang nie. Sekolah rendah pun dah ada hp. Bahaya jugak bila difikirkan balik. Bukan setakat macam video kat atas nie jea. Bila boleh bawak hp nie takut2 budak menyalah guna teknologi jea,..  hehehe,.. dunia,..duniaaa

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan