Saturday, 15 December 2012

MusicZone: NOAH - Hidup Untukmu, Mati Tanpamu (Official Video)



NOAH – Hidup Untukmu, Mati Tanpamu Lyrics

Begitu banyak hal yang ku alami, yang ku temui 
Saat bersamamu ku rasa senang, ku rasa sedih

Air mata ini menyadarkanku
Kau takkan pernah jadi milikku 
Air mata ini menyadarkanku 
Kau takkan pernah menjadi milikku

Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu

Air mata ini menyadarkanku oooh
Kau takkan pernah menjadi milikku ooo

Tak pernah ku mengerti aku segila ini 
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu




UUMZONE: PROMOSI JUALAN TIKET WAYANG AKHIR TAHUN (DISEMBER 2012) KHAS KEPADA PELAJAR UUM


#Apa lagi jom la tengok wayang ramai-ramai. Tapi kena kumpul 40 orang dulu la kannn. Nie baru la namanya pergi tengok wayang ramai-ramai. hehehe


Wednesday, 12 December 2012

LifeZone: Yatz Kaizen masuk tv dan surat khabar pulakkk,..

Harian Metro| 6 December 2012
Sunday Star | 9 December 2012
 
Buletin Utama TV3

#Nie la first time Yatz Kaizen masuk paper ngan tv. Ramai jugak tu yang perasan. Aduhhh malu,.. apa-apa pun nie satu kenangan yang tak dapat dilupakan dalam hidup Yatz Kaizen. Bersama-sama rakan-rakan lain,.. kami  mencipta sejarah baru di dalam hidup kami semua... ^_^


UUMZONE: 200 Pelajar UUM Pecah Rekod buat roti Jala 72 Jam Tanpa Henti.


Hoyeaaaa,..akhirnyaaa,.. setelah bersengkang mata selama tiga hari,.. bermula pada 5hb December 2012 dalam usaha untuk mencipta nama di dalam Malaysia Book of Records akhirnya kami berjaya juga untuk memecahkan rekod Malaysia menerusi Pembuatan Roti Jala Tanpa Henti Selama 72jam,.. waa tahniah3!!!

Acara ini merupakan sebahagian daripada acara didalam Hospitality Fiesta yang merupakan sebuat projek berskala besar pertama hospitality buat julung kali diadakan di UUM. Memang pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa kami harungi bagi menjayakan projek ini. Untuk menghasilkan roti jala sepanjang tempoh 72 jam tanpa henti dengan membahagikan tugasan dimana setiap pelajar akan bergilir-gilir menghasilkan roti jala dalam tempoh 30 minit tanpa henti. 

Kami menggunakan 150kg tepung cucur lemak manis dan juga serbuk kunyit yang ditaja oleh Adabi. Dalam sejam kami mampu menghasilkan 125 keping roti jala, manakala dalam sehari sebanyak 3,000 mampu dihasilkan. Fuhhh banyakkan??? Tapi jangan risau. Semua roti jala yang dimasak akan diagihkan kepada peserta dan juga pelajar-pelajar di UUM.  So tak membazir la kann,.. Jadi dalam tempoh tiga hari tu. Menu utama Yatz Kaizen memag roti jala jea kannn,.. Nasib baik sedappp. hehehe,..K jom tengok apa yang menarik yang sempat yatz rakamkan.

Overtime pada pukul 1:30AM
AMARAN!!! Jangan tiru aksi ini.
Majlis Perasmian
Chef Kaizen
Chef Kaizen mula beraksi
HF (Hospitality Fiesta)
Hoyeaaa,.. Berjaya akhirnya,..72 Hour Non Stop Roti Jala in Malaysia Book of Records




Tuesday, 4 December 2012

LifeZone: Medical Check up

check,.. check,.. one two threeee,.. ok  Assalamualaikum dan salam 1Blogger... semoga kalian ceria selalu dengan senyuman... yeahhhh!!!

Setelah sekian lama, semalam Yatz  ada buat medical check up kat UUM nie,.. lama jugak dah x check. Akhir sekali tahun lepas rasanya. So baru-baru nie ada program Kesihatan di UUM. Jadi Yatz ambil la peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Majlis bermula awal pukul 9:00 pagi. Memang ramai la student yang datang untuk buat pemeriksaan. Tu tandanya sekarang ramai yang mula ambil berat pasal kesihatan diri masing-masing. Jadi Yatz pun ambil peluang untuk buat pemeriksaan sekali. Bayarannya hanya RM1. Untuk pemeriksaan BMI, kandungan lemak dalam badan, tekanan darah dan juga perundingan kesihatan.

Syukurlah selama nie dianugerahkan dengan tubuh badan yang sihat. Belum lagi ada penyakit-penyakit yang merbahaya. cuma satu jea masalah Yatz nie. Badan Yatz nie susah sangat nak naik. Makan la bnyak mana, berat badan nie still mantain jea. Mungkin sebab terlalu aktive kot.

Keputusan Ujian Kesihatan Yatz Kaizen:

Height: 173.5 in/cm
Weight: 60 kgs
BMI(kg/m2) : 20
Blood Pressure: 145/89
Body Fat (%): 16.2 %
Pulse: 53
Body Age : 18
Muscle: 36.2

Yeaaaa,.. saya sihat!!!!

Lepas jea selesai buat check up,.. kami akan diberi rundingan kesihatan oleh pakar perubatan yang disediakan. Alhamdulillah semua ok,.. walaupun berat yatz agak turun kali nie,.. tapi masih maintain healthy area. Tekanan darah ok,.. lemak dalam badan pun ok,.. dan yang paling menarik Yatz dapat tau umur badan yatz nie. Rupa-rupanya kita boleh tau umur badan kita sendiri. Badan yatz nie dianggarkan dalam umur 18tahun. Ia semua dipengaruhi oleh cara hidup kita sendiri. kalu jenis yang jaga kesihatan dan selalu bersenan. Maka badan dia kan lebih muda. Tapi memang lawak la bila Yatz tengok ada yang dapat tau umur badan depa lagi tua dari usia mereka yang sebenar,.. hehehe, memang cepat penat la kannn,.. badan tu dah tua. kesiannnnnnn~~~




Sebelum balik kami diberi sedikit cenderahati berupa beg, pen dan juga buku-buku dan risalah tentang kesihatan. memang berbaloi,.. dan yang paling penting kita dapat tau keadaan kesihatan kita.

Jadi Yatz nak sarankan kepada korang semua,..kalau ada masa rajin-rajinkan la diri untuk buat pemerikasaan kesihatan nie. Bukan lama pun. Kejap jea. Bak kata orang masa boleh cari,.. tapi kesihatan tidak boleh. Jadi jaga la kesihatan diri baik-baikkk,...Bak kata orang,..

"Mencegah lebih baik daripada merawat",..



Saturday, 24 November 2012

UUMZONE: Persidangan Hantu-Hantu di UUM

Misteri jea tajuk entry Yatz kali nie,.. jangan terkejut pulak tu sebenarnya tajuk pementasan teater jea. Bukan persidangan hantu betul-betul ekkk,.. Yatz baru jea balik dari tengok pementasan teater nie. Memang bestttt,.. memang mendapat sambutan hebat dari penonton. Tiket awal-awal dah SOLD OUT,.. so kepada yang tak dapat pergi tengok pementasan teater nie Yatz nak share ngan korang sikit apa yang menarik tentang pementasan “Persidangan Hantu-Hantu” nie ok,..



SINOPSIS CERITA

Al-Kisah dipendekkan kisah PERSIDANGAN HANTU-HANTU merupakan sebuah teater seram komedi yang mengangkat cerita manusia berperangai menyerupai hantu.

Ketika ‘Persidangan Hantu-Hantu’ yang dihadiri oleh Hantu Raya, Pocong, Pontianak, Drakula dan Hantu Cina sedang berlangsung berbagai-bagai perkara dan kejadian berlaku. Segala perkara dan kejadian itu mengganggu kelancaran persidangan mereka.

Bermula dengan usikan nakal terhadap Kanak-Kanak yang balik dari mengaji berganti dengan kehadiran Orang Mabuk. Gangguan persidangan mereka bertambah tegang dengan kemunculan Bomoh yang cukup mereka geruni. Walau bagaimanapun, gangguan persidangan agak terhibur dan memberangsangkan ketika kehadiran Kaki Judi Nombor Ekor dan Remaja Dadah buat maksiat.

Akhirnya tiada apa yang dapat disimpulkan dalam PERSIDANGAN HANTU-HANTU yang terganggu itu selain daripada melihat kerenah dan perbuatan manusia berperangai seperti hantu dan keputusan untuk mengadakan persidangan pada masa lain.

Membuka tirai dengan suasana yang seram,.. nyata ia tidak menghampakan penonton yang hadir menyaksikan persembahan. Kehadiran hadirin yang ramai amat Yatz kagumi. Bukan senang nak tarik golongan generasi muda sekarang nie pergi tengok teater kannn,.. Nie merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Ini terbukti dengan penjualan tiket yang memberangsangkan sehingga ia habis sebelum pementasan dijalankan.

Mengambil masa hampir dua jam, Persidangan Hantu-Hantu ini dipersembahkan oleh kumpulan TEATER WARNA, UUM SINTOK. Di bawah arahan Mohamad Hazman Bin Mohamad Jamil, dan Puan Nor Izwani Binti Tahir sebagai Penasihat Kelab Teater dilihat mempunyai elemen cukup menarik membawa penonton menghayati jalan cerita yang dipentaskan.

Kumpulan TEATER WARNA wajar diberikan pujian apabila mesej yang hendak disampaikan dapat dilihat jelas oleh penonton. Dengan bantuan daripada tenaga produksi berpengalaman, sama ada dalam aspek lakonan, pengurusan pentas, rekaan set, audio visual dan sebagainya, teater tersebut berjaya menarik minat penonton.

Bersama Zaza @ Pocong Paling Popular Di UUM
Bersama  P0ntianak
Penonton Paling Popular  ^_^

#Mmg terbaekkkk laa Persidangan Hantu-Hantu tadi ,.. Hilang stress bergelak ketawa tgk korg. Tahniah kepada semua yang terlibat,..

MusicZone: Ajari Aku - Anuar Zain Official video with lyrics


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu


#Ajari aku tuk bisa mencintaimu,.♪ ♫