Thursday, 13 September 2012

UUMZONE: KURSUS ETIKA MAJLIS DI HOTEL EDC, UUM [KEPADA SEMUA PELAJAR UUM COLGIS SEMESTER 5 KE ATAS]


SEKSYEN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN ALUMNI, UUM COLGIS

KEPADA SEMUA PELAJAR UUM COLGIS SEMESTER 5 KE ATAS DI WAJIBKAN MENGHADIRI KURSUS ETIKA MAJLIS DI HOTEL EDC, UUM YANG AKAN DIADAKAN PADA:

Tarikh / Hari Masa
22 September 2012 (Sabtu) 8.30 pagi – 12.30 tengahari
22 September 2012 (Sabtu) 5.00 petang – 10.00 malam
29 September 2012 (Sabtu) 8.30 pagi – 12.30 tengahari
29 September 2012 (Sabtu) 5.00 petang – 10.00 malam

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG >>> DAFTAR SEGERA
DI SEKSYEN PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI, SEKSYEN B, UUM COLGIS

‘ Sijil, nota dan pengangkutan disediakan’.
Yuran penyertaan: RM 10.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 04-9286597 / 019-5428188 / 012-4629692 (k.ila)


Tuesday, 11 September 2012

LoveZone: Graf Cinta Sorang Mahasiswa [TOP SECRET]


Confirm kebanyakan korang yang tengah baca entry nie pernah berCINTAkan. Kan…kan?? Mengaku jela…. hehe…  Mungkin pernah bercinta monyet waktu sekolah dulu. Entah siap ada yang dah bertunang or kawin semasa belajar nie. Entry kali nie Yatz nak kongsi sebuah graf kesan seorang perempuan terhadap kehidupan lelaki. Menunjukkan bagaimana kesannya terhadap pelajaran seorang insan bernama LELAKI dengan kehadiran CINTA. Bila Yatz tengok balik macam betul je.. hehe..


.:Isu yang Yatz ingin kongsikan di sini ialah bercinta semasa masih belajar. Boleh ker ? Mungkin ada yang berpendapat tidak wajar kerana focus utama kita menuntut ilmu di Universiti dan bukannya berCINTA. Tapi yatz tak nafikan ada yang berjaya mengimbangkan tentang hal CINTA dan CITA...:

P/s Kaizen: Gengamlah segulung ijazah sebelum mengenggam tangan seorang kekasih


Monday, 10 September 2012

MusicZone: Dah boring berGangnam Style??,.. jom kita berTchu Tcha Tcha pulak,..[New Dance by Neymar Jr]



Korang dah boring asyik berGangnam Style jeaa??? Aku pun dah mula boring nie,.. mula-mula layan gakkk,.. tapi bila di Youtube Gangnam Style, di radio ada Gangnam Style di TV ada Gangnam Style,.. kat Facebook berGangnam Style tapi takkan kat blog pun nak berGangnam Style lagi,.. so Yatz nak tukar aliran la pulak,.. apa citer kiter berTchu Tcha Tcha pulak,.
 
Haaaa,.. mesti korang tak pernah dengar,.. dinyayikan oleh Jo o Lucas e Marcelo,.. Tapi apa yang best Neymar ada menari dalam lagu nie. Korang kenal tak siapa tu Neymar??? hehehe,.. Neymar tu pemain bola sepak Brazil skuad bola sepak yang terkenal dengan aksi bola sepak sambanya. Memang seorang pemain bola yang awesome. he just wonderful, i just enjoy when the ball by his leg, skillful beb,.. hehehe

Apa-apa pun jom layan video-video nie,.. Ada berapa versi. Semua video nie bukan official. Tapi diambil ketika Neymar di padang sedang meraikan gol jaringannya dengan aksi-aksi menarik,.. Jom kita berTchu Tcha Tcha .♪♥ ♪ ♥ ♪ ♫ 

Versi tarian


Versi skill


Versi made in Malaysia

P/s: What a video, what a song and WHAT A PLAYER,.. awesome,..!!

Sunday, 9 September 2012

MusicZone: [MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)



Lirik Muara Hati 
– Dato Siti Nurhaliza & Hafiz -

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..



Saturday, 8 September 2012

UUMZONE: Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012


 
 
HEP ONLINE : Makluman bahawa Universiti Utara Malaysia akan mengadakan Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012 Bersama Orkestra Tradisional Malaysia pada 15 September 2012 bertempat di Dewan Mu’adzam Shah. Sebarang tempahan atau pembelian kupon berharga RM30.00 dan RM50.00 boleh melalui Encik Mohd Zulkifli Mohd Noor di talian 04-9284070/4091 atau Encik Nazri Yauddin Haji Nawawi di talian 04-9285815.
 P/s: Kalau nak tiket roger2 kat Yatz Kaizen. Tapi kena bayarrrr la ekkkk~~
 

UUMZONE: ANUAR ZAIN DI KONSERT DIRAJA MENJUNJUNG KASIH 2012


 
UUM ONLINE: Penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain akan mengadakan persembahan sempena Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012  bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang bakal berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), pada 15 September ini.

Konsert yang akan diadakan ini adalah sebagai suatu kelangsungan kepada siri persembahan Konsert DiRaja yang pernah diadakan sebelum ini bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti kali ke 28 pada 16 Februari yang lalu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Amy Azhar Mohd Harif berkata, konsert kali ini berbeza dan diadakan khas sebagai tanda ucapan terima kasih dan tahniah kepada Tuanku Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong  ke 14.

“Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan Baginda telah berkenan untuk berangkat menyaksikan konsert ini nanti,” katanya sewaktu Sidang Media Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012, di Istana Budaya, semalam.
Katanya lagi, melalui penganjuran konsert seperti ini, ianya membantu memberi manfaat kepada pelajar-pelajar terutama dalam aspek pengurusan acara dalam memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dalam menguruskan sesuatu acara.

Sementara itu,Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani pula berkata, OTM yang bakal mengiringi persembahan pada malam itu nanti merupakan kumpulan orkestra yang unik di dunia yang baru ditubuhkan pada dua tahun lalu.

“Uniknya OTM ini, ianya terdiri daripada kumpulan 1Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis muzik iaitu, muzik Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan pelbagai lagi. Inilah keunikan OTM yang tidak hanya mengkhususkan kepada muzik satu bangsa sahaja,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM, Huzaidy Hussain ketika ditemui pula berkata, objektif penganjuran juga adalah untuk memaparkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh menjadi pemangkin kepada keharmonian dalam masyarakat selaras dengan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

“Penganjuran konsert seperti ini dapat menerapkan ciri-ciri kesantunan dan memberikan pendedahan kepada masyarakat kampus tentang salah satu bidang kesenian ini.

“Malah dapat menarik minat masyarakat kampus supaya melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti kesenian, di samping dapat menceriakan suasana kampus dengan persembahan kesenian yang bermutu tinggi,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, konsert yang akan berlangsung selama sejam setengah itu bakal menyaksikan Anuar menyampaikan enam lagu hits beliau iaitu Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Cinta Harus Memiliki dan Sedetik Lebih.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau pembelian kupon berharga RM30 dan RM50 boleh menghubungi Mohd Zulkifli Mohd Noor di talian 04-9284070/4091 atau Nazri Yauddin Nawawi di talian 04-9285815. Atau terus melalui Yatz Kaizen.

Friday, 7 September 2012

VideoZone: Filem Ter'Pendek (MERDEKA)


Nie dia video pendek khas untuk budak-budak U sekalian. Kisah tentang dua mahluk bumi dan satu perbualan misteri tentang kemerdekaan. Adakah ini erti kemerdekaan buat korang??? hehehe selamat menonton. 


Ps : Sabtu. 8hb September 2012,.. Merdekaaaaaa la budak2 UUM,...Time nie la bank-bank dan juga mesin ATM akan dikerumuni oleh mahluk-makluk yang berhati riang. LOL (^_^)