Saturday, 11 August 2012

CreativeZone : Pelita Moden DIY

AsSalamualaikum,.. selamat berpuasa semua. Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. So ramai la yang mula pasang pelita @ panjut kat rumah masing-masing. Terutamanya bagi mereka yang berada di kampung-kampung. Tapi yang berada di bandar tu jangan risau. Entry kali nie Yatz nak share ngan korang cara nak buat Pelita Moden DIY. Pelita yang senang jea nak buat. Yang penting selamat dan xpayah nak pacak-pacak dah kat kawasan rumah. Biasa la, kalau yang duduk kat flat tu mana ada kawasan nk pasang pelita kan. 

Nie cara-cara nak buatnya Pelita nie. Jom try
 
1. Cari balang/botol kosong yang nak dibuang.
2. Gam dan lilitkan tali di sekeliling balang/botol (sebaiknya guna gam UHU)
3. Spray balang/botol dengan spray warna putih.
4. Tunggu sampai kering.
5.
Lepas dah kering tu pandai2 la bukak balik tali tu yer ahaks!
6. Masukkan lilin di dalamnya. Pastu apa lagi,.. nyalakan la dengan hari yang riang,.. ^_^

Selamat mencuba!!

Wednesday, 8 August 2012

PhotoZone: Tugu Persahabatan Kaizen


YatzKaizen: Nie photo lama Yatz Kaizen time form6 dulu. Saje upload balik bagi mencuit kembali kenangan zaman riang ria remaja. Lokasi kejadian,.. Lubuk Sungai Tesong.  Semua tengah riang ria mandi manda selepas habis handle aktiviti sekolah. Enjoyyy sungguh,.. nie la syurga budak-budak kampung. Yang paling best sempat lagi buat pose macam tugu pahlawan. Bagi Yatz nie la "TUGU PERSAHABATAN",. kami semua. ^_^

Thursday, 2 August 2012

LifeZone: Baju Melayu Ombak Rindu


Selesai sudah proses membeli belah persiapan raya. Saja beli awal-awal. Banyak sikit pilihan. Nanti bila lambat-lambat takut sesak pulak kan. hehehe.. Dapat la sepasang baju raya Ombak Rindu. Tapi harga makin mahal pulak sekarang. Baju jea dh RM40 lebih. Belum seluar lagi. Sepasang baju melayu sekarang kosnya dah sampai RM90 hinggit. Tu belum kira ngan sampin lagi.

So kemahiran tawar menawar kena la power. Apa-apa pun baju melayu dah beresss,.. Harap-harap la dengan memakai Baju Melayu Ombak Rindu nie Yatz Kaizen akan sehensem macam Aron Aziz raya nanti. hehehe. LOL ^_^

YatzKaizen: Baju raya Yatz tahun nie kaler kelabu. Saje nak gi tau awal-awal. Takut nanti jadi team boria pulak. hehehe,.. lain la klu ada yang nak same kaler ngan Yatz raya taun nie. *gegirl jea tau* hehehehe

Tuesday, 31 July 2012

StoryZone: Kisah RM1 dan RM50


Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau..

                                  ••Fadhilat BERKAITAN SEDEKAH •●

PERBANDINGAN SEDEKAH MELALUI AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk
dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah " ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap
hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )


            ●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Thursday, 26 July 2012

NewsZone: Sindiket Jual Ijazah Palsu Tumpas


Polis menumpaskan sindiket menjual ijazah palsu tiga universiti luar negara membabitkan 525 pembeli dengan nilai lebih RM5 juta.

Dalam serbuan di sebuah premis di USJ 10, Subang, Selangor semalam, dua suspek dipercayai dalang utama, ditahan.

DATUK TUN HISAN TUN HAMZAH/KETUA POLIS SELANGOR
"Scroll akan diberikan pada hari graduation tersebut dia akan panggil mat salleh pakai pakaian macam some Dean satu fakulti mana-mana orang kita pi sana, 525 orang ni they knew very well, dia tak payah ujian, tak payah tutorial dan tba-tiba pakai baju tu dan ambil scrolL, dia orang ni pun sama juga lima kali dua, dua kali lima."

Siasatan mendapati ijazah dijual sekitar RM6,500 untuk sarjana dan RM10,500 bagi PHD.

Siasatan mendapati ejen hanya perlu membuat panggilan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan ijazah secara mudah.

Mereka hanya perlu mendaftar nama menerusi talian dan memilih universiti serta kursus sebelum terus menghadiri majlis konvokesyen tanpa perlu menghadiri kelas atau mengambil ujian.

Polis juga mengesahkan akan mengambil keterangan beberapa individu termasuk individu bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dua suspek yang ditangkap iaitu seorang lelaki 37 tahun dan wanita 36 tahun kini direman empat hari sehingga 28 Julai depan.


Yatz Kaizen: Senang jea kan,.. bermodalkan RM6,500 dah dapat segulung ijazah. Yatz kat UUM nie jenuh memerah otak tunggang terbalik study. Bertahun pulak tu. Depa senang-senag jea. Sekarang asal ada duit semua boleh. Tapi kita kena ingat duit xboleh bawak masuk kubur. Hanya iman, amal ibadah kita jea harta kita di sana nanti. Renung-renungkan.

VideoZone: Video Terkini Matluthfi,.. Om nom nom nom


Ramadhan ini,.. mari kita berpuasa kerana tuhan
this Ramdhan, let's purify our intentions



Wednesday, 25 July 2012

SportZone: [VIDEO] Azmi Muslim Fantastic Goal Arsenal Vs Malaysia XI

GoooooooooOOOOALLLLLLL!!! BRILLIANT SHOOT..fuuuhhh.. sikit jea lagi Malaysia nak kalahkan Arsenal tu 1-2. Permainan yang hebat. Kalau player Malaysia keep on track macam 1st half performance, insyaAllah Malaysia sure menang AFF nanti. Aminnn


Proud to be malaysian