Wednesday, 25 July 2012

InterestingZone: Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) . Ini bukan cobaann ini betul-betul.


Tengah syok-syok blogging nampak satu link . Nie pasal pasangan yang kawen dalam usia yang sangat muda beb.  Majlis perkahwinan ini berada di Pahang apa yang menariknya perkahwinan ini mereka masih muda dan di bangku sekolah. Pasti mereka yang tak kahwin jeles gila bila tengok video ini mana tak nyer Syafiq umur 16 tahun suami kepada Yana 14 tahun. Cuba bayangkan masa spm nak beranak jaga anak kan susah nanti takpe la rezeki dia orang nak buat macam mana.

Terkezut jugak yatz dapat tau. Kalau orang dulu-dulu zaman mak bapak yatz dulu kira biasa la nie kan. Tapi zaman kita nie lain sikit. muda tak muda la kan! tak caye? tengok video bawah ni .
 

dah? percaya kan. Sekali tengok macam budak-budak main kawen-kawen jea. Fuhh,.. Yatz bila la lagi (gatai nak kawen) hehehe.  Jearlous nieeee,.. So nak bagi korang jeles lagi bawah nie ada picture dorang. Comel jea kan pengantin nie. hehe

 






Nie semua sebab dah jodoh diorang sampai awal. dan dah Allah s.w.t tulis untuk diorang macam tu. lagipun, banyak pahala kan. dapat elakkan maksiat . pasal study ke apa ke. insyaAllah diorang boleh bawa. rezeki masing masing lah! Semoga pasangan ini kekal hingga anak cucu. aminnnn~

Ps Kaizen: Rata-rata orang, apabila lihat sahaja gambar@video orang kahwin, mahu juga kita kahwin, malah tak keterlaluan jika Yatz katakan, *gatal* nak berkahwin. Tapi jika kita lihat gambar@video orang belajar, takda la pula kita *gatal* nak bukak buku, sambung belajar sampai PhD ya?



Monday, 23 July 2012

Kesan Membawa Telefon di Sekolah

 

Zaman dah berubah dunia dah maju. Sekarang nie kerajaan dah mempertimbangkan sama ada membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

YatzKaizen : Fuhhh  hebat budak-budak sekarang nie. Sekolah rendah pun dah ada hp. Bahaya jugak bila difikirkan balik. Bukan setakat macam video kat atas nie jea. Bila boleh bawak hp nie takut2 budak menyalah guna teknologi jea,..  hehehe,.. dunia,..duniaaa

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan


Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada Yatz Kaizen Sekeluarga

1 hari lagi nafas ini jadi tasbih, tidur ini jadi ibadah, doa ini akan dijabah, dan pahala ini akan dilipat gandakan, tapi takkan hadir kesemuanya ini tanpa maaf darimu Marhaban yaa ramadhan selamat menyambut ramadhan 1433H.” Salam Ramadhan daripada Yatz Kaizen sekeluarga,..''

 
Video khas untuk korang semua  (^_^)

Wednesday, 11 July 2012

Jom Sama-Sama Kita Warming Up Menuju Ramadhan

Fuhhh tak sangka pejam celik..., pejam celik Ramadhan dah pun hampir tiba semula kan? So Entry kali nie Yatz ingin kongsikan 10 perkara yang boleh kita semua lakukan sebelum menjelangnya Ramadhan. Moga bermanfaat dan jika bermanfaat, sampai-sampaikanlah bersama.
  
Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan). Alhamdulillah, semoga kita semua masih berkesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan kali ini. 

NotaKaizen: InshaAllah. Yatz akan warming up demi Ramadhan. Semoga Allah pertemukan Yatz dengan Ramadhan kali ini dan Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir buat Yatz kerana diri ini belum cukup bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa,..
 

Tuesday, 10 July 2012

Ujian Kesegaran Minda Kaizen


Untuk game kali nie korang kena jawab secara spontan, jangan banyak fikir!

Baca satu demi satu! Benda pertama yang terlintas difikiran korang tu merupakan jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.  So korang kena concentrate!!!!!


1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

*Jawapan:
˙˙ɹıɐ ɯnuıɯ nqɯǝl qqs 'nƃƃuɐƃɹǝʇ ɐpuɐ ısɐɹʇuǝsuoʞ nsns qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


1. Rambut anda warna apa ?

2. Tayar kereta warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

*Jawapan:
˙ıɹɐɥ ƃuɐıs ɹnpıʇ ɹɐʍɐlǝʞ qqs ˙nƃƃuɐƃɹǝʇ ɐpuɐ ısɐɹʇuǝsuoʞ ɐʎuıʇɹǝ 'ɯɐlɐɯ qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakan daun ?

4. Harimau makannya apa ?

*Jawapan:
 ƃuıƃɐp uɐʞɐɯ nɐɯıɹɐɥ qqs ˙ɥɐlɐs nʇı ʇndɯnɹ qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


.:Macam mana??? Segar x??? hehehe. tahniah kepada mereka yang dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Kalau yang xdapat tu,.. korang kena usaha lagi. Banyakkn makan kismis. Bagi otak korang tu cergas dan cerdas sikit. (^_^ )

Sunday, 8 July 2012

TOP SECRET | 10 Perkara Yang Tidak Boleh Di Kongsi Di Facebook.


Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

Kali ini Yatz ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.

Yatz Kaizen: Sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.