Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada Yatz Kaizen Sekeluarga

1 hari lagi nafas ini jadi tasbih, tidur ini jadi ibadah, doa ini akan dijabah, dan pahala ini akan dilipat gandakan, tapi takkan hadir kesemuanya ini tanpa maaf darimu Marhaban yaa ramadhan selamat menyambut ramadhan 1433H.” Salam Ramadhan daripada Yatz Kaizen sekeluarga,..''

 
Video khas untuk korang semua  (^_^)

Wednesday, 11 July 2012

Jom Sama-Sama Kita Warming Up Menuju Ramadhan

Fuhhh tak sangka pejam celik..., pejam celik Ramadhan dah pun hampir tiba semula kan? So Entry kali nie Yatz ingin kongsikan 10 perkara yang boleh kita semua lakukan sebelum menjelangnya Ramadhan. Moga bermanfaat dan jika bermanfaat, sampai-sampaikanlah bersama.
  
Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan). Alhamdulillah, semoga kita semua masih berkesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan kali ini. 

NotaKaizen: InshaAllah. Yatz akan warming up demi Ramadhan. Semoga Allah pertemukan Yatz dengan Ramadhan kali ini dan Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir buat Yatz kerana diri ini belum cukup bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa,..
 

Tuesday, 10 July 2012

Ujian Kesegaran Minda Kaizen


Untuk game kali nie korang kena jawab secara spontan, jangan banyak fikir!

Baca satu demi satu! Benda pertama yang terlintas difikiran korang tu merupakan jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.  So korang kena concentrate!!!!!


1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

*Jawapan:
˙˙ɹıɐ ɯnuıɯ nqɯǝl qqs 'nƃƃuɐƃɹǝʇ ɐpuɐ ısɐɹʇuǝsuoʞ nsns qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


1. Rambut anda warna apa ?

2. Tayar kereta warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

*Jawapan:
˙ıɹɐɥ ƃuɐıs ɹnpıʇ ɹɐʍɐlǝʞ qqs ˙nƃƃuɐƃɹǝʇ ɐpuɐ ısɐɹʇuǝsuoʞ ɐʎuıʇɹǝ 'ɯɐlɐɯ qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakan daun ?

4. Harimau makannya apa ?

*Jawapan:
 ƃuıƃɐp uɐʞɐɯ nɐɯıɹɐɥ qqs ˙ɥɐlɐs nʇı ʇndɯnɹ qɐʍɐɾ ƃuɐʎ


.:Macam mana??? Segar x??? hehehe. tahniah kepada mereka yang dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Kalau yang xdapat tu,.. korang kena usaha lagi. Banyakkn makan kismis. Bagi otak korang tu cergas dan cerdas sikit. (^_^ )

Sunday, 8 July 2012

TOP SECRET | 10 Perkara Yang Tidak Boleh Di Kongsi Di Facebook.


Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

Kali ini Yatz ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.

Yatz Kaizen: Sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.

Saturday, 7 July 2012

Kenapa nombor tujuh???


Hai,.. dah lama x update blog nie,..  terima kasih kepada follower yang sudi menjenguk dan mengomen. Kali nie Yatz nak citer sikit pasal nombor kesukaan Yatz iaitu nombor 7. Korang mesti tertanya-tanya apa yang ada dengan NO.7 ni...kenapa la yatz nie suka sanggat nombor nie. Nombor bertuah ke??? macam2 tafsiran kan.. Sebenarnya Yatz memang suka number 7 nie dari kecik lagi. Yatz lahir pun 7hb. Kasut pun saiz 7. Banyak perkara dalam life Yatz nie kena mengena dengan number 7. So Yatz pun terus melekat dengan nombor nie. Kira nombor bertuah bagi Yatz la,.. 

Tapi tak perlu la kite percaya kepada nombor ni...so arini  Yatz nak share pasal menariknya no.7 ni sebab ia juga berkaitan dengan kehidupan seharian kita....sebelum tu..ni ade sedikit perkongsian...

sesungguhnya ALLAH itu ganjil dan DIA suka akan keganjilan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap dan dalam banyak2 nombor yang diulang-ulang di dalam al-quran adalah NOMBOR TUJUH

Mudah kata, kebanyakan angka tujuh dipilih Allah dalam beberapa ibadah kita. Ia juga disebut secara berulang kali didalam al-Quran. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia angka tersebut. Hikmat dan rahsia itu pula dikembalikan kepada kita.

Apabila kita ingin mengungkap perkara ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa angka ini memenuhi keperluan kehidupan manusia. Apabila disebut 7 hari, maka kita wajar penuhkan 7 hari itu dengan amalan yang membawa kita ke syurga.



 TUJUH (7) –APAKAH HIKMAHNYA??
 
1. Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu. 

2. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit.

3. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.

4. Allah telah menjadikan 7 AYAT di dalam surah al-fatihah.

5. Allah telah menjadikan 7 KALI pusingan TAWAF mengelilingi kaabah.

6. Allah telah menjadikan 7 KALI SAEI antara Shafa dan Marwah.

7. Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.

8. Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.

9. Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 300 tahun didalam (Surah Al-Kahfi)

10. Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD didalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)

11. Allah telah menjadikan 7 LAUTAN (Mediterranean,adriatik,laut hitam,laut merah,laut arab,Persian,laut kaspia)

12. Allah telah menjadikan 7 BENUA (afrika,amerika selatan,amerika utara,antartika,asia,eropah,oceana)

13. Allah telah menjadikan angka 7 sebagai no ‘prime’(nombor perdana) dlm penyelesaian masalah matematik.Ianya juga digelar sebagai ‘safe prime’/no perdana yg unik.

14. Allah telah menjadikan 7 sebagai penyelesai kebanyakan masalah matematik yang melibatkan nombor kuasa genap,polynomial,vector dan nombor faktor sepunya.

15. Allah telah menjadikan 7 sisi polygon (heptagon), dimana sesebuah polygon sekata dpt dilukis dgn menggunakan jangka lukis,namun tidak bagi Heptagon (7 sisi) yang sekata ini.

16. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai yang paling kerap muncul (kebarangkalian 1/6) apabila dadu dibalingkan,jumlah hasil tambah 2 permukaan yg muncul itu menghasilkan 7

17. “Millenium Prize Problems” merupakan 7 masalah dalam ilmu matematik yang diumumkan oleh “Clay Mathematics Institute”.Hingga kini 6 lagi masalah tersebut belum diselesaikan.

18. Terdapat 7 unit S.I (Standard International) dalam sukatan fizik iaitu (meter,kilogram,saat,ampere,Kelvin,mole, candela)

19. Allah telah menjadikan 7 warna didalam pelangi.

20. Allah telah menjadikan 7 atom karbon didalam setiap molekul Heptana

21. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai ‘NEUTRAL’ antara sifat asid dan alkali.

22. Allah telah menjadikan 7 sebagai nombor atom didalam nitrogen.

23. 7 merupakan bilangan “KALA” didalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)

24. Allah telah menjadikan 7 “Cervical vetebratae”/(tulang belakang leher yang menyambung ke kepala) bagi kebanyakan mamalia.

25. Terdapat 7 jenis virus merujuk kepada “Pengelasan Baltimore”

26. Terdapat 7 tompok hitam diatas badan kumbang jenis “LADYBIRD”

27. Terdapat 7 keajaiban dunia yang telah direkodkan/ 7 wonders of the ancient world.

28. Dan masih terdapat beratus-ratus lagi penggunaan angka 7 yang tidak disenaraikan disini - didalam Bidang Astronomi,Psikologi,Falsafah,Kebudayaan,Penulisan,Kepercayaan Agama (Buddha,Hindu dan Kristian) yang telah direkodkan dan berkemungkinan masih terlalu banyak lagi yang masih belum dikenaslpasti.


Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia atau secara kebetulan melainkan disebaliknya terlindung suatu hikmah besar lagi tersembunyi didalam pengetahuan dan rahsia Allah S.W.T.


Jika ada sesiapa yang bertanyakan Yatz, angka apakah yang paling disukai…Jawapannya pastilah ANGKA 7


WAALAHUALAM

Tuesday, 3 July 2012

The adventure begins;


RABU, 04 JULAI 2012, satu perjalanan jarak jauh dari UUM Kedah ke Sungkai Perak akan bermula. Bertemankan "Penguin Hitam Yatz Kaizen, kami akan akan memulakan perjalanan dr Sintok terus menuju ke kampung halaman tercinta.

harap2 semua berjalan dgn lancar, aminnnnn,..

Monday, 2 July 2012

Overnight With UiTM Friends

 
Sweet memory overnight bersama-sama member-member dari UiTM Arau Perlis. Alkisah perkenalan pertama kali bersama geng-geng UiTM nie bermula ketika program Pengurusan Seni MAKUM 2012. Walaupun kami semua baru jea berkenalan kat program Kursus Pengurusan Seni MAKUM 2012 x sampai seminggu,.. namun persahabat dah mula terjalin macam dah lama berkawan jea.  

 Jadi semalam kami plan untuk berjumpa dan keluar outing bersama-sama sementara diri ini masih lagi berada di UUM tercinta nie. So kami keluar la jalan-jalan area Perlis. Sebelum tu kami singgah jap kat UiTM Arau. Nie kira lawatan susulan untuk merasai macam mana life kat UiTM pulak.  Kami pun lepak-lepak ngan budak-budak Teater Digma yang memang sempoiii,.. sebelum tengok LIVE Final Euro kat dataran Kangar. 

our journey

shoping kat C-Mart Arau

Lepak kat UiTM Arau

Geng-geng Teater Digma yang besttt

Jalan-jalan cari makan kat Kuala Perlis

Makan-makan sampai kenyang

Live Final Euro kat Dataran Kangar

santaiiii

tangkap gambar tengah-tengah jalan. Time nie memang jalan raya kat Kangar lengang jea time final Euro.

Separuh masa kedua


Rumah bujang,.. tempat kami bermalam

Nie bukan kat kedai kasut ekkk

singgah Jitra pulak

siapa paling cute???

cute x???

Yatz Kaizen kembali ke zaman kanak-kanak
santai kat kerusi urut pulak




tengok wayang pulak

Batman

Spiderman

Karaoke-man

Yatz Kaizen dah mula tunjukan muka kesengalan beliau

tengok wayang citer Mail Lambung

cenderahati dari Teater Digma UiTM Arau

Terima Kasih yea kawan-kawannnnn,..  nanti ada masa kita keluar lagi ekkk (^_^)